Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H



Alhamdulillah... 
Syukur kehadrat Allah, Hari ini hari kemenangan untuk semua umat islam yang menyambutnya.. Aidilfitri bagi tahun 1432H. Sesudah kita berpuasa sebulan, Tibalah masa kita meraikan bulan kemuliaan syawal dengan penuh kemaafan dan keinsafan.. :)


Berbeza dengan tahun-tahun sudah, Syawal kali ini kita menyambut bersama dengan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 tahun. Betul2 jatuh pada 2hb Syawal 1432H. Ini menunjukkan bahawa pengorbanan dalam membentukkan kemerdekaan negara membuktikan yang keperitan pejuang terdahulu sama keperitan kita menempuh ramadhan.. dan kemenangan pejuang adalah kemerdekaan menyamai kita menyambut syawal ini.. :)


Apapun, Milmo nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin buat Family, Mak, Adik beradik, Abang, Akak, Adik, Pensyarah-pensyarah Polipd dan Polimelaka, Cikgu-cikgu SMKTSB, SKTSJ, Rakan-rakan Polipd dan Polimelaka, Rakan sekerja PPJ, JKR, dan sekalian yang mana tidak disebut. Ampun diminta jika ade terkasar bahasa tersalah susun kata.. Kepada si dia, Milmo doakan Syawal ini memberi kenikmatan, keberkatan dan rahmat. InsyaAllah. Walaupun dikau tidak lagi bersamaku pada tahun ini, Milmo sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. AMIN


Salam Aidilfitri Buat semua rakan2 blog..
P/s: Raya sambut merdeka.. 
.

Khamis, Ogos 25, 2011

Ramadhan Kali Ini Sungguh Bermakna



Salam.. Lama xblogging.. :) Alhamdulillah, dh 25 hari kita berpuasa dibulan ramadhan.. Syukur kehadrat Allah kita masih segar menunaikan tanggungjawab rukun islam.. Setiap tahun, ramadhan kali ini ade kelainan sedikit.. Tapi inilah ramadhan yg cukup meninggal seribu keringat.. :-) hahaha.. Tahun-tahun sebelum ini, ramadhan ini saat yang paling gembira bila ade teman istimewa. Yang sentiasa berada, yang sentiasa ada, yang sentiasa beri senyuman dan semangat berpuasa.. Hahaha.

Apapun tu citer lama. InsyaAllah, tahun ni aku mohon ramadhan yg dilalui adalah ramadhan yang akan beri seribu keberkatan. Walaupun ramadhan kali ini aku keseorangan, Tp aku gembira bila ade teman aku yg setia bersama.. iaitu Gino aku la.. Semua barang dh complete.. :) Syukur alhandulillah..



Ni ade nk cerita skit aje.. pasal pasangan pasal single mingle nie.. sebulan lepas, aku barulah join group Persatuan Single Sedunia.. (PSS) hahahhaa.. Rasa mcm best dengan group nie.. tp mula-mula mmg best boleh mencari idea dan pendapat, tp last2 dh macam jual minyak la.. terus borink.. Papepun dgn group ni boleh terus meramaikan group single nie.. haha.. 


5 hari lagi nk raya? Apa nk buat eh? Sambung la entry malam raya nanti.. ade cerita pasal bulan ramadhan tahun nie... Jumpa lagi.. 

p/s: Masih seperti dulu.. 

Selasa, Ogos 02, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H


"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (HR Bukhari)


Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun walaupun keadaan tidak mengizinkan

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku penat bekerja 

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu tidak akan terbalas oleh aku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat di kiri kananku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengerjakan semua suruhanmu walaupun akan banyak bisikan syaitan di telingaku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin membaca Al-Quran setiap hari serta memahami ertinya walaupun aku tidak sefasih mana

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w walaupun terkadang aku lupa pada baginda

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengajak sahabat-sahabatku berubah kejalanmu walaupun tidak semua akan menerima ajakanku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin meninggal dunia dengan dapat menyebut kalimahMU ya allah

DAN

jika benar ini Ramadhan terakhir untukku
       terimalah ibadah puasa,dan semua ibadahku selama ini walaupun aku tahu aku hambaMU yang hina dan keji.

p/s: Hargailah Ramadhan yang datang kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemuinya lagi di tahun akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori