Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Rabu, Mac 16, 2011

> Noktah Cinta

Assalammualaikum.. 

Jam kat tangan dgn dinding sama aje, dh pukul 3.40pagi.. Tp mata ni belum nk katup.. sambil membaca artikel tentang "Kerana aku manusia biasa". Mbr aku adzrul suruh aku baca, katanya untuk orang sedang mencari pasangan, ingin melamar, dilamar dan pape lagi ntah.. bila dh baca terasa sayup plak, yela.. ade beberapa part yg membuatkan aku tersenyum dgn ayat-ayat power.. xde power mana pun, tp bila difikirkan itulah diri kita.. 

"Kerana aku manusia biasa"


Bila diceritakan dalam artikel tu (aku citer la serba sedikit apa yg mbuatkan aku terasa sesuatu dengannya).

Ahad, Mac 13, 2011

> Sekitar awal bulan Mac 2011


Wah.. kejam celik kejam celik dh bulan 3.. bermakna 3 bulan sudah melalui tahun baru dengan pelbagai perubahan dan terisi setiap hari dan bulan. Mcm xsangka pun ade.. yela... sejak peninggalan Jurutera Daerah yang lama, kemudian dtg yang baru.. Pastu pulak berpindah ke pejabat baru.. (sapa lum tgk pejabat baru>?? ) tu ade kat bwah picnya.. hehehe.. 


Lepas berpindah ke pejabat baru, tgk pulak dengan Workstation baru.. Huhuhu.. barulah semangat nk wat keje.. cuma komputer aje xde.. xpelah.. xkisah.. (dh nasib aku cmnie.. hahaha).

13hb ni ade jugak agenda... pertama: Ade Autoshow kat Tesco Kulai, Kategori Open... aku just dtg tgk keadaan aje.. belanja-belannja... "Katak Hijau datang..." ahahha.. ni sekeping aje gmba aku amek untuk tontonan..

Selasa, Mac 01, 2011

> Lumrah Dunia



Dalam dunia nie, tidak kira sapa, tak kira dimana.. perasaan dengki dan iri hati memang xleh lari dari makhluk bernama manusia.. selagi ada didunia xkira bagaimanapun, pasti ade yg bersifat sedemikian hanya kerana beringinkan sesuatu atau tidak berpuashati pada sesuatu..


Tentang aku ade ke yang dengki?? aku malas nk ckp, tp biarlah Allah yang balasnya.. aku cuma terkilan kerana ade orang yg aku hormatkan bersikap sedemikian. Sanggup menggunakan pangkat dan kuasa untuk melepaskan geram yang tidak puashatinya pada orang. Apakah dosa dan apakah silapnya?? Inilah selagi dinamakan manusia..


Bila terkenang pada Bos aku, xdapat nafikanlah.. sifat ni tidak kira dimana dan siapa orangnya. walupun kita berjawatan tinggi. My Bos yang sebelum ni kitorang panggil "mama" rupanya bukanlah naik pangkat tp telah ditukarkan. Ini mesti sbb dah tidak percayakan dan kemungkinan ade yang bersifat dengki.. Part tu no komenlah..
 
Bila pikir pulak mamat yang kat opis tu?? susah nk ckp.. semua xleh tgk orang lain senang.. smua atas tiket kuasa dan jawatan.. subhanaAllah... 


Bagi aku kat sini, aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang betul untuk aku, dan jauhkanlah dari segala kejahatan dari sikap-sikap manusia yang mementingkan diri nie..

p/s: Semoga ditunjukkan pada kebenaran dari setiapnya..

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori