Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Ahad, November 06, 2011

> Salam Aidiladha


Arrgghh.. Sakit hati, penat-penat aku edit, leh jem lak laptop nie.. aduhai.. Jam dah pukul 5.00pagi. Last malas lah nk edit.. esok2 la tunggu aku free.. Emmmmmmmmm... 

Sekejap aje masa berlalu, dah nak tiba hujung tahun.. Eh? Dah raya la.. Salam Aidiladha.. Hehe.. Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha Maaf Keampunan dan Keinsafan buat semua Tetamu Allah dan untuk semua orang islam... :)



Jumaat, Oktober 21, 2011

> Terima Kasih Ya Allah



26 tahun. Itulah umur milmo. 
Inilah perjalanan hidup yang milmo lalui. Macam-macam dugaan. Macam-macam halangan. Tapi milmo akan tetap tempuhi dengan sabar dan sabar. milmo tahu, ini adalah dugaan Allah. Dugaan yang sebaik-baik dugaan untuk milmo terima.. InsyaAllah.. 


Sepanjang 26thn. Zaman kanak-kanak, zaman budak-budak, zaman nakal-nakal.. haha.. macam-macam zaman lagi.. zaman sekolah, zaman remaja, zaman kerja, zaman belajar, zaman ipta.. Fuh.. berzaman-zaman.. zaman couple, zaman bercinta, zaman berkasih, zaman bersayang... zaman yg ni sama aje maksudnya. Hikhikhik.. mana satu story nk mula dulu?? :) tu nantilah milmo ceritakan.. penghujung tahun 2011.. 

tapi malam ni, milmo just nk kongsi apa yang milmo dh lalui milmo cukup berterima kasih kepada keluarga, sahabat handai, dan sesiapa yang membantu milmo dalam kesusahan. Maybe time ni milmo merasai susah, insyaAllah... Bila tiba milmo berada ditempat mereka yang senang, milmo akan membantu sebagaimana apa yang milmo lalui..



semuanya milmo percaya datangnya dari Allah.. berkat dan usaha kita Allah turunkan keberkatan pada kita.. Terima Kasih Ya Allah..


p/s: Milmo sedang menaip... 

Sabtu, Oktober 15, 2011

> Setahun sudah berlalu.. (Mcm lagu Hattan lak)

Assalammualaikum.. Hye korang yang membaca.. Hikhik.. 


Setahun sudah berlalu... 
Rasanya sesuai nama tu bila tiba bulan Oktober tahun ni 2011.. Yelah.. Kalau sapa yang mengikuti kisah Milmo ni, gerenti tahu kenapa dengan bulan Oktober.. Bagi Milmo cerita yang lalu Milmo jadikan pengalaman hidup dan pengalaman dalam mengenali seorang kekasih. Yang pastinya Milmo takkan lupa. 

Apa pun tahun ni, Walaupun Milmo tiada disisinya, dan dia tiada disisi Milmo, Milmo mendoakan setiap kebahagian, kesihatan yang baik, dan sentiasa dipermudahkan rezeki dunia dan akhirat. Semoga tabah dan berani dalam menjalani kehidupan seharian. InsyaAllah.. 

Kalaulah dia buka pageblog ni, dan baca kisah Milmo, Milmo nk dia taw yang Milmo sangat Sayang pada dia.. Ingatlah perkataan terakhir yang Milmo tuliskan disini tahun lalu. Apapun Milmo tetap seperti dulu..
Oklah.. Ni story setahun yang lalu.. Kini dah setahun, tahun depan kita cerita balik apa kisahnya seterusnya.. :) dan menunggu ulantahun dia yang ke 23thn.. pada 25hb Oktober nanti..


nah ni gambar citer tahun lepas.. kongsi2 aje.. malas nk letak gambar lain.. hahaha





Jam dah kol 1pg. Esok sabtu, Milmo nk ke Kota Tinggi, nk kemas cuci rumah.. Rumah dah siap renovate sudah. Best2.. .:)


p/s: Ku Menunggu (Lagu Rossa)...

Selasa, Ogos 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H



Alhamdulillah... 
Syukur kehadrat Allah, Hari ini hari kemenangan untuk semua umat islam yang menyambutnya.. Aidilfitri bagi tahun 1432H. Sesudah kita berpuasa sebulan, Tibalah masa kita meraikan bulan kemuliaan syawal dengan penuh kemaafan dan keinsafan.. :)


Berbeza dengan tahun-tahun sudah, Syawal kali ini kita menyambut bersama dengan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 54 tahun. Betul2 jatuh pada 2hb Syawal 1432H. Ini menunjukkan bahawa pengorbanan dalam membentukkan kemerdekaan negara membuktikan yang keperitan pejuang terdahulu sama keperitan kita menempuh ramadhan.. dan kemenangan pejuang adalah kemerdekaan menyamai kita menyambut syawal ini.. :)


Apapun, Milmo nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin buat Family, Mak, Adik beradik, Abang, Akak, Adik, Pensyarah-pensyarah Polipd dan Polimelaka, Cikgu-cikgu SMKTSB, SKTSJ, Rakan-rakan Polipd dan Polimelaka, Rakan sekerja PPJ, JKR, dan sekalian yang mana tidak disebut. Ampun diminta jika ade terkasar bahasa tersalah susun kata.. Kepada si dia, Milmo doakan Syawal ini memberi kenikmatan, keberkatan dan rahmat. InsyaAllah. Walaupun dikau tidak lagi bersamaku pada tahun ini, Milmo sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. AMIN


Salam Aidilfitri Buat semua rakan2 blog..
P/s: Raya sambut merdeka.. 
.

Khamis, Ogos 25, 2011

Ramadhan Kali Ini Sungguh Bermakna



Salam.. Lama xblogging.. :) Alhamdulillah, dh 25 hari kita berpuasa dibulan ramadhan.. Syukur kehadrat Allah kita masih segar menunaikan tanggungjawab rukun islam.. Setiap tahun, ramadhan kali ini ade kelainan sedikit.. Tapi inilah ramadhan yg cukup meninggal seribu keringat.. :-) hahaha.. Tahun-tahun sebelum ini, ramadhan ini saat yang paling gembira bila ade teman istimewa. Yang sentiasa berada, yang sentiasa ada, yang sentiasa beri senyuman dan semangat berpuasa.. Hahaha.

Apapun tu citer lama. InsyaAllah, tahun ni aku mohon ramadhan yg dilalui adalah ramadhan yang akan beri seribu keberkatan. Walaupun ramadhan kali ini aku keseorangan, Tp aku gembira bila ade teman aku yg setia bersama.. iaitu Gino aku la.. Semua barang dh complete.. :) Syukur alhandulillah..



Ni ade nk cerita skit aje.. pasal pasangan pasal single mingle nie.. sebulan lepas, aku barulah join group Persatuan Single Sedunia.. (PSS) hahahhaa.. Rasa mcm best dengan group nie.. tp mula-mula mmg best boleh mencari idea dan pendapat, tp last2 dh macam jual minyak la.. terus borink.. Papepun dgn group ni boleh terus meramaikan group single nie.. haha.. 


5 hari lagi nk raya? Apa nk buat eh? Sambung la entry malam raya nanti.. ade cerita pasal bulan ramadhan tahun nie... Jumpa lagi.. 

p/s: Masih seperti dulu.. 

Selasa, Ogos 02, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H


"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (HR Bukhari)


Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun walaupun keadaan tidak mengizinkan

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku penat bekerja 

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu tidak akan terbalas oleh aku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat di kiri kananku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengerjakan semua suruhanmu walaupun akan banyak bisikan syaitan di telingaku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin membaca Al-Quran setiap hari serta memahami ertinya walaupun aku tidak sefasih mana

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w walaupun terkadang aku lupa pada baginda

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
        Aku ingin mengajak sahabat-sahabatku berubah kejalanmu walaupun tidak semua akan menerima ajakanku

Jika ini Ramadhan terakhir untukku
       Aku ingin meninggal dunia dengan dapat menyebut kalimahMU ya allah

DAN

jika benar ini Ramadhan terakhir untukku
       terimalah ibadah puasa,dan semua ibadahku selama ini walaupun aku tahu aku hambaMU yang hina dan keji.

p/s: Hargailah Ramadhan yang datang kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemuinya lagi di tahun akan datang.

Ahad, Julai 10, 2011

Sejarah Lagi..... Bersih atau Sebaliknya


9 Julai 2011, Bandaraya Kuala Lumpur. Berlaku satu fenomena yang telah mencipta sejarah di dalam negara kita. "Bersih" itulah perkataan yang sering diperkatakan di dunia termasuk warga asing.. Perhimpunan yang meletakkan kepada keadilan dan undi bersih dalam pilihan raya akan datang.

Hehehe.. Macam orang politik lak.. apa2 pun sebagai rakyat harus menilai dengan sebaik-baiknya.. Al-fatihah diucapkan kepada Allahyarham yang meninggal dunia semasa perhimpunan yang lalu. Sebelum hayatnya, beliau sempat mengimamkan sebahagian peserta perhimpunan di jalanan. Inilah anugerah Allah dan ketentutanNya. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org yang beriman. InsyaAllah..

Isnin, Jun 27, 2011

Terciptanya Sejarah


Assalamm Hai Geng.. Lama tak ceciter kat sini, maklumlah kesempatan nak menulis tu kureng skit. Tapi melihatkan masa terluang, Aku cuba ungkit balik apa yang tersebut-sebut dalam 3 minggu lepas. Ala.. kisahnya tentang Maharaja Lawak. Lawak? Bila sebut lawak, inilah antara hiburan yang boleh bagi aku senyum sentiasa walaupun ada yang menyakitkan hati. Tapi inilah antara yang boleh menenangkan fikiran untuk seketika selain mengaji dan membaca buku.. :-) 


Rabu, Mei 18, 2011

Majulah Sukan Untuk Negara

Assalammualaikum.. 
Rasa lama jugak xupdate blog. Banyak story nk citer, tapi kekangan masa ngan kerja yg membuatkan aku xsempat nk bercerita. Tapi ari ni ade 30minit nie, leh la aku kongsikan skit. Hehehe..

Kali ni kita citer pasal topik sukan, sukan yang memanaskan badan atau sukan yang dok kene panas? ade ke sukan yang dok kene panas? ade... Main kete autoshow. duk tengah panas.. Hahaha.. Sukan ni lebih kerana dunia permotoran. yang cintakan sukan bermotor. minat kepada kreativiti dan inovasi dalam dunia kereta. eerr lebih kepada pengubahsuaian la kiranya.. Sukan ni aku mula berceburi pada tahun lepas. Berjinak ngn gaya, mutu dan keunggulan.. eh.. berjinak ngn bodypart pastu.. terus jadi antara player autoshow di Johor. bukan kat johor aje, melaka, n.9, k.L pun dh smpi.. papepun sukan ni hanya ada pada orang yg minat sahaja.. Ok....


Isnin, April 18, 2011

Selamat untuk sahabat ku...




Wah.. Ramai member dan sahabat aku dh selamat mendirikan rumahtangga.. Hahaha.. Tinggal aku aje yang belum.. Err.. nantilah citer.. Ni story majlis persandingan Sahabat aku Mohamad Zaidi Hj. Selamat. Yang selamat pun berbini dan dah jadi laki.. (pasni xleh dh berfoya-foya).. Hahaha... Penat lelah sabtu dan ahad.. ni perjalanan programnya.. enjoy.

Rabu, Mac 16, 2011

> Noktah Cinta

Assalammualaikum.. 

Jam kat tangan dgn dinding sama aje, dh pukul 3.40pagi.. Tp mata ni belum nk katup.. sambil membaca artikel tentang "Kerana aku manusia biasa". Mbr aku adzrul suruh aku baca, katanya untuk orang sedang mencari pasangan, ingin melamar, dilamar dan pape lagi ntah.. bila dh baca terasa sayup plak, yela.. ade beberapa part yg membuatkan aku tersenyum dgn ayat-ayat power.. xde power mana pun, tp bila difikirkan itulah diri kita.. 

"Kerana aku manusia biasa"


Bila diceritakan dalam artikel tu (aku citer la serba sedikit apa yg mbuatkan aku terasa sesuatu dengannya).

Ahad, Mac 13, 2011

> Sekitar awal bulan Mac 2011


Wah.. kejam celik kejam celik dh bulan 3.. bermakna 3 bulan sudah melalui tahun baru dengan pelbagai perubahan dan terisi setiap hari dan bulan. Mcm xsangka pun ade.. yela... sejak peninggalan Jurutera Daerah yang lama, kemudian dtg yang baru.. Pastu pulak berpindah ke pejabat baru.. (sapa lum tgk pejabat baru>?? ) tu ade kat bwah picnya.. hehehe.. 


Lepas berpindah ke pejabat baru, tgk pulak dengan Workstation baru.. Huhuhu.. barulah semangat nk wat keje.. cuma komputer aje xde.. xpelah.. xkisah.. (dh nasib aku cmnie.. hahaha).

13hb ni ade jugak agenda... pertama: Ade Autoshow kat Tesco Kulai, Kategori Open... aku just dtg tgk keadaan aje.. belanja-belannja... "Katak Hijau datang..." ahahha.. ni sekeping aje gmba aku amek untuk tontonan..

Selasa, Mac 01, 2011

> Lumrah Dunia



Dalam dunia nie, tidak kira sapa, tak kira dimana.. perasaan dengki dan iri hati memang xleh lari dari makhluk bernama manusia.. selagi ada didunia xkira bagaimanapun, pasti ade yg bersifat sedemikian hanya kerana beringinkan sesuatu atau tidak berpuashati pada sesuatu..


Tentang aku ade ke yang dengki?? aku malas nk ckp, tp biarlah Allah yang balasnya.. aku cuma terkilan kerana ade orang yg aku hormatkan bersikap sedemikian. Sanggup menggunakan pangkat dan kuasa untuk melepaskan geram yang tidak puashatinya pada orang. Apakah dosa dan apakah silapnya?? Inilah selagi dinamakan manusia..


Bila terkenang pada Bos aku, xdapat nafikanlah.. sifat ni tidak kira dimana dan siapa orangnya. walupun kita berjawatan tinggi. My Bos yang sebelum ni kitorang panggil "mama" rupanya bukanlah naik pangkat tp telah ditukarkan. Ini mesti sbb dah tidak percayakan dan kemungkinan ade yang bersifat dengki.. Part tu no komenlah..
 
Bila pikir pulak mamat yang kat opis tu?? susah nk ckp.. semua xleh tgk orang lain senang.. smua atas tiket kuasa dan jawatan.. subhanaAllah... 


Bagi aku kat sini, aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang betul untuk aku, dan jauhkanlah dari segala kejahatan dari sikap-sikap manusia yang mementingkan diri nie..

p/s: Semoga ditunjukkan pada kebenaran dari setiapnya..

.

Jumaat, Februari 18, 2011

> Kenapa Katak Hijau??


Skrg bila sebut aje katak hijau, aku akan menoleh sapakah gerangan yang sebut tu. Ini semua angkara Facebook yang menjadikan binatang peliharaan aku tu jadi sebutan.. Hahahaha.. Mana xnya dipanggil.. "Wah... Katak Hijau.. Hahahaha" itu aje jadinya.. Aku pun gunakan nama katak hijau ni, rupanya terus jadi nama nickname pada peliharaan aku nie.. Apa leh buat cik katak.. dah nama kamu katak.. terima ajelah.. 


Selasa, Februari 15, 2011

> Salam Maulidurrasul 1432H


Salam MaulidurRasull 1432H.. 
Tahun ni Maulud Nabi jatuh pada hari 15hb Februari 2011, Sehari selepas hari valentine day... Ataupun kita panggil hari kekasih. Bila sebut shj hari kekasih ni, semua org sibuk dengan kekasih masing-masing. Mcm aku skrg dh single dan xde pikir pape dah.. Hahahaha.. Ade pun diam-diam aje.. :-P sebab semuanya maybe buat masa ni aku malas nk pikir. 

Sebut hari kekasih, tak sedar yg kita sambut Maulud Nabi atau Maulidurrasul iaitu Kekasih Allah, junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yg menyambut kelahiran pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Sejarah Nabi s.a.w ini besar. Dan menjadi keagungan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. 


Salam Maulidurrasul 1432Hijrah.

Khamis, Februari 03, 2011

Bila musim hujan


Bila hujan dh turun 3 hari berturut-turut kat Bandar Kota Tinggi, Semua org terutama sekali aku la yang paling risau dan gelisah.. chewah.. yelah.. Banjir.. Nama aje Kota yang tinggi.. tapi kedudukan tanah yg rendah.. nk buat cmner?? Hehehe.. daripada awal 29hb Januari tu ari, semua rasa dah xtahan sbb ade kawasan dh naik air.. last2 mmg betul 30hb Januari tu banjir.. nasib la sebahagian bandar aje yang naik.. tapi ade jugak terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan.. Hampir 19 Pusat dibuka.



Hujan terus turun xde nk pandang kiri kanan, terus turun sampai 2hb Feb.. Tapi bukan sepenuhnya kat Kota, Maybe kat mana-mana.. sbb air makin pasang.. dan air tetiba naik.. ntah la.. pening jugak nk jaga. Jabatan Pengairan Saliran (JPS) pun maklumkan air masih pada paras amaran. iaitu bila-bila masa leh naik.. bila hujan turun..


Bila camni yang buat aku lemah, sbb aku kene bertugas.. Hahahaha.. Baraaii.. xpelah.. berkhidmat untuk mangsa banjir.. dh masuk ari ke 5 ari ni.. apa pun aku doakan semua selesai.. dan xde dah banjir lagi.. 


p/s: belum pape, aku dh bawak lari Gino aku.. huhuhu

Rabu, Januari 26, 2011

Ir. Kaniah Binti Ambak


Satu nama yang dulu tidak asing di JKR Daerah Kota Tinggi. Sebagai Jurutera Daerah selama tempoh 4 tahun dari 2007-2011. Dinaikkan pangkat dan semakin hebat.. Hehehehe..


Itulah dia Puan Ir. Kaniah Binti Ambak.

Dekat opis, kitorang selalu menggelar Puan Ir. Kaniah, ala bos kita nila dengan nama panggilan manja "mama". Sbb setiap teguran mama tulah yg paling berkesan kat pejabat. Hehehe.. xkira sapa pun. abg akak, adik... Hahaha.. Pasti tak leh lawan mama.. Sebenarnya mama spoting aje.. Bila mama kat opis, semua tunjuk rajin wat keje.. nk minta sign pun segan.. apalah.. Hahahaha


Teringat aku, bila mama ajak minum petang kat Kedai Goreng Pisang.. Tu la hari yg sempoi yg mama tunjukkan. Tp mama dlm kerja mmg tegas orgnya. Xkira la cmner sekalipun.. Klu kata putus dia hitam, maka hitamlah.. Tp mama tetap baik.. Kenapa aku ckp baik, sbb mama xpenah memburukkan semua org bawah dia atau staf bawahan dia atau sesapa saja pada org lain.. klu ade pun, itu cuma dlm pejabat shj. walaupun dia taw hakikatnya mmg org bawahnya bersalah.. dan mama akan mencari idea untuk perbetulkan. Itu yang wat aku respect pada mama.. 


Walaupun xsume org suke kat mama, ade jugak org yang benci pada mama, sehingga nk menjatuhkan mama dlm buat keje, smpi ade yg membelakangkan mama sebagai ketua. Tp mama tetap steady dengan tanggungjawab dia.. Dan mama ade cara untuk menyelesaikan.. Tgk.. org dengki-dengki pun, mama tetap naik pangkat.. sekarang dh J52.. Pasni J54.. Pastu Jusa C.. Wah.. Dh leh jadi Pengarah..  Hope mama xlupa kt kitorang.. mama... 


Miss u always...

p/s: Mama is Ir. Kaniah Binti Ambak

Sabtu, Januari 15, 2011

Jurutera Daerah JKR Kota Tinggi - Dalam Kenangan


Setelah sekian lama berkhidmat di JKR Kota Tinggi, akhirnya aku punya Jurutera Daerah JKR Kota Tinggi (senang panggil JD), Pn Ir. Kaniah Binti Ambak dah naik pangkat. Naik pangkat dari J48 ke J52. Wah.. Gaji dh makin besar la nie.. hehehe.. Bila dh naik pangkat, confirm akan bertukar. Dengar-dengar akan berpindah ke Bahagian Senggara, JKR Malaysia. 

Kenangan semasa pertandingan Zapin tahun 2009

Jurutera Daerah yang baru akan digantikan oleh Encik Salihin Bin Johor berkuatkuasa 16hb Januari 2011. Memang cara la tahun nie, Tahun baru 2011, azam baru, JD baru, Pejabat baru.. hehehe.. tunggu aje jugak kete baru..

Banyak jugaklah kisah suke duka Puan Kaniah jadi bos kitorang.. ade jugak kene marah, ade jugak yang leh gelak tawa.. hehehe.. tp sememang best dan xde apa pun nk dirisaukan.. biasalah keje.. klu salah, mestilah kene marah.. xpe.. bos.. tunggu nanti sy akan dptkan title mcm bos.. hehehe.. Ir. Azmil Shah Bin Aziz.. Ok. X?

Apapun, aku harapkan bos aku tu yang baru naik pangkat tu akan lebih sukses dan maju kehadapan.. Mana la taw lepas ni naik J54 lak.. hehehe.. semoga berbahagia bersama keluarga dan selamat untuk job baru.. See ya.. 

p/s: Puan, teringin jugak nk bersukan bersama.. leh x bos??? hehehehe.. Jumpa lagi..


Ahad, Januari 09, 2011

21 Tahun Dengan Bonda Tercinta


Bila ingt 22hb Disember. tu lah tarikh pemergian abahku yg tercinta.. dh 21thn dh pun xde abah dh.. Tinggallah aku ngn mak. abah meninggal sbb sakit jantung.. mak yang jaga aku dari kecik smpi besor.. didik aku smpi jd org.. walaupun xla pandai mana pun, tp bleh la cukup untuk aku hidup sendiri.. sampai skrg jugak mak xnk tgk anak-anak dia susah.. hehehe.. Terima kasih mak.
 

Sampai gini dah besor pun ade jugak aku minta mak duit. "mak, pinjam duit rm200. nk wat belanja".. hahaha.. dh keje tu.. tp mak ttp bagi jugak.. tp aku ingt bayar balik.. hehehehe.. :-P "Nah mak wet gantu tu ari ngn up seganda utk mak.. hehehe".


Itu ajelah tempat aku ngadu susah senang, suke duka, apa masalah pun.. mak jualah tempat aku berkongsi hidup.. tp sampai bila.. aku belum balas lagi jasa mak.. dan mak akan rasa terjasa bila aku bahagia kowt.. bila la aku nk bahagia.. hehehehe.. xpe mak. mil ttp ade utk mak..


26hb Disember 2010 yg lalu, Abg Ramlee buat kenduri doa selamat mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga terutama mak.. Thanks kat adik beradik yg lain sbb balik umah untuk smbut majlis ni.. Ni termasuk sekali la sambut besday mak 2hb November tu ari. Walaupun sederhana tp ianya meriah sgt..


Walau apapun yg terjadi, Mil ttp syg mak.. dan mak ttp dihati mil walaupun nt mil dh kawin.. Mil syg mak..


p/s: sapa yg masih ade ibu.. sayangi ibu anda. dan yang mana berjauhan ngn ibu balik dan jenguklah dia..

Sabtu, Januari 01, 2011

Selamat Datang Tahun 2011


Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tinggal tahun 2010. Tahun yang penuh suke dan duka buat aku. Tahun yang menyedarkan aku tentang dunia percintaan. Dan tahun yang memberi seribu makna dalam kehidupan.

Pertama:
Kepenatan masa amek Diploma.
Tiap-tiap weekend pergi Port Dickson. 
Kota Tinggi - Johor Bahru - Port Dickson.
Dekat setahun jugak tu aku lalui sebegini.
Dari bulan Julai tahun 2009 smpilah tahun 2010.
Gara-gara gagal satu 1 subjek.
Gara-gara takde subjek yang nk aku amek tiap-tiap semester. (^.^)

Kedua:
Kursus Induksi KKR Bil2/2010 di Baling, Kedah.
Ni kursus anjuran Kementerian Kerja Raya untuk kakitangan KKR, JKR.
Untuk sah jawatan dalam perkhidmatan.
Kenangan jugak sbb kenal all member seluruh Malaysia.
Semua adalah kakitangan KKR dan JKR.
Kenangan paling best time masuk Gua. (",)

Ketiga: 
Menjinak bermain dengan dunia kereta.
Mula tukar bodypart sana sini.
Ade rezeki lebih skit. So... Balunnn aje..
Dari cari bodypart, sampai tukar cat.
Dari interior standart, sampai jadi Interior VIP. :-P
Dari rim kecik, dah pakai rim besaor 17 Inchi Krom.
Dari main sesaja, sampai dh main Autoshow.
Dari xde no, sampai dpt johan.
(",) Hehehehe..


Keempat:
Kisah percintaan yang sekerat.
Kenapa aku ckp sekerat? banyak benda aku abeskan kerana cinta.
Masa, hari, wang ringgit, perjalanan.
Tapi akhirnya aku dapat apa? Puncanya?
Susah nk ckp, sebab pasangan sendiri xpercayakan aku.
Aku nk ckp cmner? Bnyk benda aku dh abes pun.
Xnampak pun kebaikannya. Dan skrg aku x nk pikir tu smua.
Buang masa aku sahaja.

Kelima:
Dunia Gino dlm hidup aku.
Kenapa gino?
Kereta Kelisa aku la..
Sbb dia dh smakin melupakan diri.
Org dh semakin kenal dia.
lebih2 lagi TT Gino 2010.
Huhuhuhu.. Gempak syeh..

 Keenam:
Audit oh Audit.
Ni cukup membosankan aku.
cukup memberikan aku tekanan dalam diri.
Pada org yang benci aku, mmg suka benda nie..
Yang ni aku xnk komen. Sbb menyakitkan ati aje.


================================

Sepanjang 2010 inilah yang aku ciptakan. baik untuk diri aku dan utk org lain. xsampai kemana pun aku pergi pasti ade saja dugaan utk diri aku. baik diri sendiri, baik pada kengkawan, baik juga dgn family. Waktu raya puasa pun xde apa yang meriah pun. tapi aku bahagia kerana tahun ini lah yang banyak beri kesedaran utk aku..
Thanks to Allah.
(",) <3

Dengan kedatangan 2011, aku harapkan tahun yang memberi seribu kebaikan. eh? xnk.. sejuta kebaikan.. jap.. sejuta pun skit.. nk berbillion kebaikan untuk diri aku. dan aku sendiri nk ubah diri aku ni untuk jadi yang lebih baik.. insyaAllah.. berkat doa kengkawan. aku cuba ubah. maybe mmg ade kesilapan dan tabiat x elok aku. terima kasih kerana sentiasa bagi perhatian pada diri aku..

Anyway.. Happy New Year Tahun Masihi 2011.

P/s: Tunggu Gino baru 2 pintu.. huhuhuhu..

===================================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori