Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Isnin, Disember 27, 2010

Tiada Lagi



Dalam perjalanan hidup ini, 
Tiada lagi erti yang bermakna apabila kita tinggalkan sesuatu.
Tiada lagi erti yang membuatkan hati ini gembira apabila kita teringat yang terdahulu.
Tiada lagi erti yang membezakan kita apabila semuanya sudah berlaku.
Namun yang ada hanyalah secebis nukilan yang mewarnai laguku.

Dalam kehidupan ini,
Tiada lagi indah yang dapat bersamaku,
Tiada lagi sinar yang dapat menerangiku,
Tiada lagi bintang yang dapat mengelipkan malamku,
Yang hanya titisan airmata dari kelopak irisku..

Dalam Meniti hari-hari,
Tiada lagi suasana yang dapat mengembirakanku,
Tiada lagi keriangan yang dapat menghiburkanku,
Tiada lagi gelak dan tawa yang dapat mengalirkan senyumanku,
Cuma tinggal cebisan muram di penuh wajahku..

Dalam menilai latarku,
Tiada lagi kekuatan yang dapat aku tunjukkan,
Tiada lagi sumber yang dapat aku berikan,
Tiada lagi semangat yang dapat aku lemparkan,
Bila hati ini sudah tiada lagi untuk mengharungi duniaku..

Dalam menunggung di penghujung tahun,
Tiada lagi kata yang dapat aku katakan,
Tiada lagi ucapan yang dapat aku ceritakan,
Dan tiada lagi senyuman yang dapat aku kumiskan,
Bila hati sedang kesepian, bila aku kini sedang sendirian..


Selamat Hari Tahun Baru 2011.. Semoga kehadiran 2011 ini akan memberikan seribu kegembiraan dalam hati.

Nukilan: milmo 

p/s : Tiada lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori