Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Rabu, Disember 29, 2010

Harimau Malaya Membaham Si Garuda




Kalau nak diikutkan perjalanan bola sepak Malaysia 10 tahun dahulu memang tak boleh nk cakap. Sbb bila sebut saja team bola sepak Malaysia, confirm org akan pandang jauh ketinggalan. Yelah, mana taknya prestasi pemain jgk tak beri kesan langsung kepada perkembangan bola sepak kini. Waktu kejohanan kelayakkan Piala Dunia 1998 lagi, prestasi pasukan Malaysia semakin hanyut. Klu dibincangkan dari segi kepimpinan jurulatih, Malaysia sudah berganti pelbagai jurulatih tetapi tiada yang dapat ditonjolkan. 

Tapi, tahun 2010 inilah, dapat lihat kematangan anak muda utk menggalas tanggungjawab bagi memberikan impak dalam bola sepak negara semasa penampilan di Sukan SEA. Walaupun masa awal tahun Malaysia dilayan seperti mainan di dalam kejohanan termasuk Sukan Olimpik. (Komenvel, Pesta Bola Merdeka, Piala Asia). Macam mana pun setiap kejohanan asia yang ada tetap akan disertai walaupun ade orang ckp suruh FAM menghantar pasukan negara berlatih dahulu, dan tak layak bertanding dalam kelompok asia. Tetapi FAM abaikan saje desas desus itu bila melihat prestasi anak muda di Sukan SEA baru-baru ini yang membawa pasukan Malaysia layak ke suku akhir. 


Piala Suzuki AFF 2010 kali ini telah memberi seribu kemanisan dan kebangkitan Harimau Malaya. Dah lama, taring Harimau Malaya tak nampak dan sekarang barulah nampak mana taringnya dengan anak-anak muda. Start kejohanan Malaysia kalah teruk dengan Indonesia  5-1 di Jakarta. Pastu penyokong Malaysia letakkan harapan nk tgk balik perkembangan bila menentang Thailand. Tapi dapat la seri 0-0.

Strategi yang diatur dan disusun oleh Jurulatih K.Rajagobal bagus, aku puji sangat sbb membuahkan hasil bila Malaysia membelasah Laos 5-1 dan layak ke separuh akhir. Semangat penyokong malaysia bertambah bila Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil dgn jaringan cantik dan seri 0-0 di Hanoi dengan agg. 2-0. 


Final Piala Suzuki AFF 2010, seribu tekanan utk pasukan Malaysia bila dilabelkan sebagai "PeLaser" sbb didakwa ada penyokong yang guna laser untuk bagi mata pemain ni silau tak nampak termasuk penjaga gol. apa dah.... itu pun nk kecoh.. Lagi jelas bila Final di Bukit Jalil terpaksa berenti selama 5 minit sebab penjaga gol Indonesia, Markus, bgtaw terkena pancaran laser. Hahaha..

Tapi, keyakinan pemain aku tgk semakin jelas dan memberikan persembahan terbaik bila perlawanan bersambung, pasukan negara berjaya meledakkan gol oleh Mohd Safee utk gol pertama. Kelincahan pemain negara terus nampak terserlah dengan gol kedua dan tandukkan kemas untuk gol ketiga. 


Membawa bekalan 3-0 kemenangan di Bukit Jalil belum cukup untuk julang piala. Perlukan lagi semangat untuk perlawanan kedua di Jakarta. 1st half tgk pemain Indonesia banyak menguasai sampai pengadil hadiahkan sepakan penalti sbb terkena tangan pemain perthanan. Tapi tabik spring kat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Dapat tu dia tangkap.. Hebattt... 


Babak kedua apabila, Malaysia menggegarkan semua penyokong dengan menjerit sekuat hati .. Hahahahahaha.. bila penyerang berbisa Mohd Safee menjaring gol pertama. 10 minit sebelum perlawanan berakhir, tgk pemain malaysia dah penat dan makin mudah untuk Indonesia menyamakan kedudukan dan mendahului dengan gol sendiri pasukan Malaysia. kesudahannya kalah 2-1.


Walaupun kalah, tp Malaysia tetap dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggr 4-2. Tahniah diucapkan kepada pemain, jurulatih dan semua yang menyokong. Dan diharapkan kekalkan prestasi ini untuk kejohanan akan datang.. Tahniah........


p/s : Barulah aku semangat kembali nk sokong pasukan Malaysia. esok nak cari baju bola team Malaysia.. Yeaah...

Isnin, Disember 27, 2010

Tiada Lagi



Dalam perjalanan hidup ini, 
Tiada lagi erti yang bermakna apabila kita tinggalkan sesuatu.
Tiada lagi erti yang membuatkan hati ini gembira apabila kita teringat yang terdahulu.
Tiada lagi erti yang membezakan kita apabila semuanya sudah berlaku.
Namun yang ada hanyalah secebis nukilan yang mewarnai laguku.

Dalam kehidupan ini,
Tiada lagi indah yang dapat bersamaku,
Tiada lagi sinar yang dapat menerangiku,
Tiada lagi bintang yang dapat mengelipkan malamku,
Yang hanya titisan airmata dari kelopak irisku..

Dalam Meniti hari-hari,
Tiada lagi suasana yang dapat mengembirakanku,
Tiada lagi keriangan yang dapat menghiburkanku,
Tiada lagi gelak dan tawa yang dapat mengalirkan senyumanku,
Cuma tinggal cebisan muram di penuh wajahku..

Dalam menilai latarku,
Tiada lagi kekuatan yang dapat aku tunjukkan,
Tiada lagi sumber yang dapat aku berikan,
Tiada lagi semangat yang dapat aku lemparkan,
Bila hati ini sudah tiada lagi untuk mengharungi duniaku..

Dalam menunggung di penghujung tahun,
Tiada lagi kata yang dapat aku katakan,
Tiada lagi ucapan yang dapat aku ceritakan,
Dan tiada lagi senyuman yang dapat aku kumiskan,
Bila hati sedang kesepian, bila aku kini sedang sendirian..


Selamat Hari Tahun Baru 2011.. Semoga kehadiran 2011 ini akan memberikan seribu kegembiraan dalam hati.

Nukilan: milmo 

p/s : Tiada lagi

Selasa, Disember 21, 2010

Program 3 hari

18hb Disember 2010 (Sabtu)
- ke Autoshow Air Hitam bersama My Green Gino.. smpi dh dkt kol 4ptg.. hehehe.. gi cuci kete jap. dan terus masuk tanpa segan silu... huhu.. tgk kete smua mencabar.. Eddy ginojb dh confirm sbb gi sekali dgn dia.. Ijal gino oren ade jugak.. pastu tgk yg lain, myvi botak Kunfu Panda.. hahahaha..

- Rasanya mmg masuk xdpt apapun.. tp masuk jugak.. just memeriahkan majlis.. hehehe.. Keputusan memihak kepada Myvi Botak, Eddy ginojb 2nd place dan Ijal no.3.. hahahaha..

19hb Disember 2010 (Ahad)
- ke Autoshow Kota Tinggi.. Eddy ginojb bagi menggunakan JHB 7068 utk ke Kota Tinggi.. dan Putrajaya 8280 hnya simpan aje la.. sbb xde driver.. so.. memperagakan Gino hijau champion.. smpi dlm kol 2ptg.. terus register.. part register ade mslh skit, sbb organizer suh main open.. pergh.. xpenah2..




-Aku pun xbangkak sebab saja nk chance kat budak kcar lain... hehehe. so terjawablah sudah.. bila keputusan diumumkan.. haahahaha.. Pertama dlm sejarah gino JHB 7068.. pape pun tempat itu cukup memberi kesan..

20hb Disember 2010
- Ke Politeknik Melaka sbb ade pameran Autoshow lighting sebelah mlm dikamsis. kete aku xde mainan la.. sbb xde lampu. hanya JHB ajelah yg memperagakan lampu berhiasnya.. prgi bersama sopian RV4.. so layankan dia dengan insan yang cemerlang.. hehehehehe

- Event yg menarik minat smua.. wooww... sesuatu yg baru.. hehehe.. thanks to all student kerana bg support.. check in terus kat hotel shahbandar lepas makan mlm.. hp lak leh tertinggal kat kedai.. 

21hb Disember 2010
- Eddy terus balik jb sbb keje.. so aku ngn pian aje la.. try call yg lain mana taw ade yg lain dtg.. tunggu punye tunggu rupanya mmg aku berdua ade kete yg ada kat politeknik.. hahahaha..

- tp layankan aje.. petang lak terus ke Jusco sebelah Tesco. amek hp dan terus gerak.. rest kat R&R Pagoh.. lain enjoy.. papepun.. thanks to all support this event..

See u later..........

By: Milmo.

Khamis, Disember 16, 2010

Hayati Peristiwa Disebalik "Hari Asyura"



Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org

Minggu Autoshow


Daripada aku pikir orang yang bercakap tentang aku..
.
.
.
Baik aku siapkan keje aku yang tertangguh..
.
.
.
Dan pikir pasal weekend ni..
.
.
.
Minggu ni ade autoshow..
.
.
.
Yang pertama Autoshow Ayer Hitam..
.
.
.
Yang kedua Autoshow Kipmart Kota Tinggi..
.
.
.
Apalagi.. siapkan kerete aku untuk masuk autoshow..
.
.
.
.
.
.
Enjoy...
.
.
.
.
.
.
p/s> Aku tengah mencari sesuatu.

Rabu, Disember 15, 2010

Sabar dan sabar



Lepas sebulan perjalanan hidup aku,
Lepas seminggu aku berdiam dengan hidup aku,
Aku masih berada di bumi Allah dengan redha dan tabah..
Dengan setiap hari melihat karenah manusia,
Dan setiap jam melihat tingkahlaku insan dunia,
Dan setiap masa melihat sandiwara makhluk-Nya.
Aku hanya mampu berdoa untuk dijauhkan dari segala malapetaka,
Yang seterusnya menimpa secebis hidup aku.

Sabar,
Sabar dengan apa yang terus berlaku,
Dugaan dan hikmah Allah untuk aku,
Aku perlu ketahui apa yang seharusnya diminta,
Tanggungjawab dan amanah,
Tugas dan laksanakan dengan seikhlas mungkin,

Dan kini aku sedar tentang perjalananku kini,
Hanya dilalui dengan dunia semata-mata,
Adakalanya aku perlu sedar bahawa hidup dunia seragam ini,
Dan sesungguhnya aku perlu sabar,
Sabar tanpa perlu memikirkan orang lain,
Walaupun orang lain sibuk memikirkan hidup aku,
Walaupun orang lain sibuk mencari kesilapan aku,
Untuk kepuasan nafsu dan syaitan berperasaan dengki.

Ya Allah, Jauhkanlah segalanya untuk aku teruskan hidup,
Berbakti pada jalanMu,
Bertugas demi amanahMu,
Bertanggungjawab demi pintuMu,
Dan sabar demi kehendakMu.


p/s: Aku berada di dunia aku sendiri. dan tidak berada di dunia orang lain,
sepertimana orang lain berada didunia aku. 
milmoderno

Khamis, Disember 09, 2010

Kerana Audit


Audit Dalaman JKR 2010 memberi aku seribu kenangan.. 
Sebab yang kene audit adalah projek aku..
dan kene NCR pun projek aku..
Huhuhu... Aku xleh nk kata apa.. 
Sbb ini semua mcm sudah dirancang..
Tp aku terima dengan hati terbuka..



Ni Seminggu aku terpaksa berkurung untuk siapkan laporan NCR..
Dh mmg tanggungjawab aku.. 
Jadi yang berkenaan, Aku ucapkan terima kasih.. 
Semoga kita setting lagi audit tahun depan..
Aku minta projek aku diaudit lagi..
Seronok pulak rasa bila kena audit nie..
Thanks to JKR Mersing atas auditing anda 
ke JKR Kota Tinggi
Jumpa lagi..

p/s : Milmo mentelaah seminggu kerana audit.. huhuhu

Rabu, Disember 08, 2010

Gathering Mega T-T Gino Se-Malaysia Putrajaya



5hb Dis, Putrajaya - Peminat kereta model kelisa yang diubahsuai kepada sebuah kereta mini yang dipanggil mira gino telah berjaya dikumpulkan dan disatukan dalam satu majlis "Gathering Mega TT Gino Malaysia 2010" di Putrajaya baru-baru ini. Program ini adalah anjuran dari Gino Modification Commnuty yang merupakan sebuah komuniti yang berasaskan gino telah bertindak sebagai penganjur. 


Kehadiran kereta "Gino" dari pelusuk semenanjung Malaysia telah disatukan dan ditemukan di Lokasi Presint 3, Putrajaya.. Sejumlah 43 buah kereta Gino yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Kehadiran juga keluaran Gino yang mempunyai 2 pintu. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan sebilangan kereta Gino selain berkongsi pendapat dan idea serta bertukar pandangan dan hala tuju perjalanan peminat Gino ini.


Model Daihatsu Mira Gino mempunyai lebih 5 jenis.. antaranya Basic pack, Minilite, Minilite version Turbo, Gino 1000, dan DCN. Hanya dibezakan dengan aksesori tambahan. Model Gino ini adalah keluaran asas dari model Daihatsu yang sememangnya popular di Jepun. Kereta Gino ini mula mendapat tempat ketika tahun 2003 sehingga mendapat sambutan terus menerus sehingga kini. Antara pelopor utama peminat Gino adalag Sdr. Fairuz, Sdr. Ejam, Sdr. Bojan, Sdr. Eddy sebelum disambung tradisi kepada Sdr. Ijal..

Diharapkan event seperti dalam diteruskan pada masa akan dtg. Berikut disertakan sedikit gmbar untuk tatapan .. 




by: Milmo Ginojb

Khamis, Disember 02, 2010

Terima Kasih


Terlebih dahulu, aku ucapkan terima kasih kerana kau telah berjaya membuatkan aku benci.. Benci pada orang yang mengatakan tidak suka kepada mainan cinta.. tapi kau sendiri yang mainkan cinta.. begitu mudah kau menerima cinta dalam masa singkat.. yes.. aku taw dah.. sememangnya kau juga berhubungan masa ngn aku dahulu.. persendakan lelaki... tp dasar perempuan yang xmakan erti..

Terima kasih aku ucapkan atas segala pengorbanan kau pada aku.. dan terima kasih atas sebanyak mana kasih sayang kau pada aku.. dan cukuplah setakat apa yang kau bagi.. aku rasa x banyak yang kau berikan kasih sayang kau pada aku.. ternyata kau mmg sama.. sama seperti orang yang permainkan cinta.. aku bukan menuduh kau.. tp cara kau membuatkan orang menilai cinta kau ni hanya mainan.. kau tuduh aku mainkan cinta.. tp kau?? jujur pada cinta?? hahahahha.. boleh potong jarilah..



Terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU telah makbulkan doa aku semalam.. dan telah tunjukkan cara dan keputusan untuk aku buat.. Terima kasih kerana ENGKAU telah mengizinkan hati ini dicintai oleh seseorang hanya ada untuk seketika... mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku.. aku memohon padaMu YA ALLAH , ENGKAU lindungilah dia sebaik-baiknya.. 
TERIMA KASIH YA ALLAH

NUKILAN : MILMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori