Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Selasa, November 30, 2010

Tak Perlu


Tak perlu untuk perjelaskan apa yang patut aku sedar.. Ya.. aku tahu kedudukan aku sebagai orang yang pernah menyakitkan hati kamu dan mengecewakan kamu.. tapi tak bermaksud cinta ini pudar sekelip mata atau melupakan kamu dalam hidup ini. Aku sedar kelemahan aku untuk menerima apa yang berlaku sekarang ini dan tak perlu untuk menunjukkan yang diri kamu kini bukan untuk diriku.. Dan tak perlu juga kamu memberitahu kedudukan kamu sekarang.



Tapi janganlah berbohong pada diri sendiri tentang apa yang ada dihati kamu.. dan janganlah kamu memaksa diri kamu untuk berbohong demi dendam kamu kepadaku.. da tak perlu untuk kamu berbohong kerana diriku ini.. dan tak perlu untuk kamu guna yang lain untuk kamu jauhiku.. kerana aku percaya...

Kerana aku percaya, jika Allah berkehendakkan kita untuk berjauhan, tuhan akan tunjukkan.. dan jika Allah berkehendakkan sedemkian, tuhan akan tunaikan.. InsyaAllah.. Aku tidak menolak apa yang rasa pada hati ini.. tapi aku hanya memohon kepada tuhan untuk memberikan aku kesedaran yang aku tahu silapku.. dan aku juga memohon kepada tuhan untuk aku memberikan jawapan sebenar apa yang kamu mahukan.. 

Terima kasih atas apa kamu hargai.. Tapi Allah meletakkan hati aku kini hanya mencintai kamu...
NORSALWANIE BINTI ZAHARI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori