Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Selasa, November 30, 2010

Tak Perlu


Tak perlu untuk perjelaskan apa yang patut aku sedar.. Ya.. aku tahu kedudukan aku sebagai orang yang pernah menyakitkan hati kamu dan mengecewakan kamu.. tapi tak bermaksud cinta ini pudar sekelip mata atau melupakan kamu dalam hidup ini. Aku sedar kelemahan aku untuk menerima apa yang berlaku sekarang ini dan tak perlu untuk menunjukkan yang diri kamu kini bukan untuk diriku.. Dan tak perlu juga kamu memberitahu kedudukan kamu sekarang.



Tapi janganlah berbohong pada diri sendiri tentang apa yang ada dihati kamu.. dan janganlah kamu memaksa diri kamu untuk berbohong demi dendam kamu kepadaku.. da tak perlu untuk kamu berbohong kerana diriku ini.. dan tak perlu untuk kamu guna yang lain untuk kamu jauhiku.. kerana aku percaya...

Kerana aku percaya, jika Allah berkehendakkan kita untuk berjauhan, tuhan akan tunjukkan.. dan jika Allah berkehendakkan sedemkian, tuhan akan tunaikan.. InsyaAllah.. Aku tidak menolak apa yang rasa pada hati ini.. tapi aku hanya memohon kepada tuhan untuk memberikan aku kesedaran yang aku tahu silapku.. dan aku juga memohon kepada tuhan untuk aku memberikan jawapan sebenar apa yang kamu mahukan.. 

Terima kasih atas apa kamu hargai.. Tapi Allah meletakkan hati aku kini hanya mencintai kamu...
NORSALWANIE BINTI ZAHARI

Ahad, November 28, 2010

Sebulan Lalu



25hb November 2010
Dalam tempoh sebulan masa berlalu.. Macam tak sangka ini semua berlaku.. Insan yang aku sayang kini tiada lagi dimataku.. Sudah semakin jauh dariku.. Jauh meninggalkan diriku.. Tinggallah aku seorangan..

Apakah kesilapanku?? Aku lemah tanpamu.. Insan yang selalu disisiku kini tiada.. ku inginkan kamu sentiasa dihati.. tapi kini tiada lagi.. ku harapkan kasih darimu.. kini sunyi sepi.. Kamu lebih mempercayai orang lain dari kata-kataku.. Kamu lebih menyendiri dari berbincang dengan ku..

Aku sedar diri ini.. Adalah bukan yang terbaik untuk dirimu..
Tapi aku punyai harapan untuk bersama kamu..
Dan segala yg aku ada, akan ku berikan semua untukmu..
Aku mahu diri bahagia selamanya..


Sebulan berlalu selepas ulangtahun mu.. 25hb Oktober 2010
Ucapan keramat darimu.. dan ucapan untukmu jua..
"Semoga hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin, ke akhir hayat"
Kini hanya tinggal perkataan.. Dimana kan menghilang..
Tapi aku harap sebaliknya..
Aku harap dirimu setia dengan katamu.. Kerana..
Aku amat menyayangimu sepenuh hati..


Kupinta.. Aku memohon ampun darimu..
Agar kamu memaafkan aku.. dan kembali kepadaku..
Aku akan bertanggungjawab menjagamu, amanah Allah..
Anugerah Allah.. Kerana..
Aku Sayang Kamu sehingga akhir hayatku..
NORSALWANIE BINTI ZAHARI

Dari: Milmo

Rabu, November 24, 2010

Tanggal Terakhir



Aku tak sangka, hari ini adalah satu hari yang betul-betul menguji perasaan dan segala sanubari.. Yang berjaya mengusik setiap fikiran aku selama ini.. Aku ternyata kalah dlm memilih pasangan dan kalah dalam menjaganya.. Aku sendiri sedar, mungkin ada kesilapan yang aku buat. tp ia tak bermakna aku akan mengaku terus kesalahan.. Aku cuba untuk membetulkan keadaan.. Tapi berlanjutan sehingga ke hari ini. Aku dapat rasakan inilah ujian tuhan yang begitu mencabar perasaan aku. Yang selama ini aku happy, akhirnya terpaksa aku menitiskan juga airmata..

Aku berserah pada ketentuanNya. Andai aku diciptakan untuknya, InsyaAllah Ia tidak kemana. Cuma diwaktu ini, aku betul-betul tertekan dengan tindakannya. Ya Allah.. Aku terima jika ini balasan atas kesalahanku.. tp aku memohon kepadaMu agar bukakanlah hatinya untuk kembali kepadaku.. aku berjanji akan menjaga amanahMu ini sebaik-baiknya..


Ku dikejar bayang-bayang resah,
Bila hatimu masih tak berubah,
Enggan dipunya dan dipenjara,
Belaian cintaku ini..


Aku bukan lelaki yang tewas,
Bisa menyambar walau ku ditolak,
Biar duji kanan dan kiri,
Kau kan tetap kumiliku..


Tiada lafaz yang lebih agung,
Kalimah cintamu,
Yang kutunggu-tunggu,
Biar jasad ku yang menanggung
Permainan darimu,
Relaku pujuk,


Janganlah kau salahkan aku,
Terus memburu menawan cintamu,
Kan ku percaya sedikit masa,
Kaukan kecundang akhirnya..


Usahlah kau bersedih,
Dihadapanmu aku hadir,
Memadam resah dan curiga,
Dari hatimu..


Apakah kali ini,
Bisa kau tolak dan berlari,
Setelah aku menanamka azimatku..


Aku amat mencintaiMu... Norsalwanie Binti Zahari... (24/11/2010)
Dari: Milmo..

Jumaat, November 19, 2010

Taubatku...



Pasti pernah dengan lagu Itiraf yang di nyanyikan Raihan kan? Tau tak, bahwa itu sebenarnya doa yang dilantunkan oleh seorang hamba ALLAH yang bernama ABU NAWAS. Seseorang yang dikenal dengan kelucuan, agak sering kita anggap gaya tingkah dan ucapannya mengundang gelak tawa

Alkisah, seorang lelaki sedang duduk sendirian, memperhatikan matahari yang berangsur angsur tenggelam. Suasananya cukup hening. Ia melihat begitu indahnya warna langit yang di penuhi dengan mega berwarna kuning jingga. Ia memperhatikannya dengan saksama, hingga akhirnya suasana indah itu hilang seiring dengan tenggelamnya matahari di ufuk barat. Entah apa penyebabnya, tiba tiba ia tak mampu membendung air matanya. Hatinya terasa pedih. Ia menangis tersedu sedu. Ia menengadahkan kedua tangannya sambil berkata :

Terjemahannya lebihkurang demikian :
Ya Tuhanku, aku tidaklah pantas menjadi ahli syurga firdausMu
Namun aku juga tak kan sanggup masuk ke neraka jahimMU.
Oleh kerana itu, terimalah taubatku dan tutupilah dosa dosaku.
Sesungguhnya Engkau maha mengampuni dosa dosa besar.
Dosa dosa ku seperti hamparan pasir di laut,
maka terimalah taubatku wahai Dzat yang Maha Agung
Umurku terus berkurang setiap hari, namun dosa dosaku bertambah setiap hari
Bagaimana aku mampu menanggungnya ?
Ya Tuhanku, hambaMu yang berlumur dosa ini datang kepadaMU
Sesungguhnya aku benar benar berdosa kepadaMU
Dan bila Engkau tidak mengampuni aku, kepada siapa lagi aku berharap selain Engkau ?

Abu Nawas, seseorang yang dikenal dengan kelucuan, agak sering kita anggap gaya tingkah dan ucapannya mengundang gelak tawa, sebenarnya adalah orang yang baik dan sangat jujur. Kalimat kalimat diatas adalah bentuk pengakuan dirinya atas semua dosa dosa yang telah ia perbuat. Ketika Ia menyadari usianya yang semakin senja, tentu saja kepastian untuk segera kembali menghadap ALLAH itu pun akan segera datang.


wallahualam bissawab.

ikhlas dari Milmo.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori