Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Rabu, Disember 29, 2010

Harimau Malaya Membaham Si Garuda




Kalau nak diikutkan perjalanan bola sepak Malaysia 10 tahun dahulu memang tak boleh nk cakap. Sbb bila sebut saja team bola sepak Malaysia, confirm org akan pandang jauh ketinggalan. Yelah, mana taknya prestasi pemain jgk tak beri kesan langsung kepada perkembangan bola sepak kini. Waktu kejohanan kelayakkan Piala Dunia 1998 lagi, prestasi pasukan Malaysia semakin hanyut. Klu dibincangkan dari segi kepimpinan jurulatih, Malaysia sudah berganti pelbagai jurulatih tetapi tiada yang dapat ditonjolkan. 

Tapi, tahun 2010 inilah, dapat lihat kematangan anak muda utk menggalas tanggungjawab bagi memberikan impak dalam bola sepak negara semasa penampilan di Sukan SEA. Walaupun masa awal tahun Malaysia dilayan seperti mainan di dalam kejohanan termasuk Sukan Olimpik. (Komenvel, Pesta Bola Merdeka, Piala Asia). Macam mana pun setiap kejohanan asia yang ada tetap akan disertai walaupun ade orang ckp suruh FAM menghantar pasukan negara berlatih dahulu, dan tak layak bertanding dalam kelompok asia. Tetapi FAM abaikan saje desas desus itu bila melihat prestasi anak muda di Sukan SEA baru-baru ini yang membawa pasukan Malaysia layak ke suku akhir. 


Piala Suzuki AFF 2010 kali ini telah memberi seribu kemanisan dan kebangkitan Harimau Malaya. Dah lama, taring Harimau Malaya tak nampak dan sekarang barulah nampak mana taringnya dengan anak-anak muda. Start kejohanan Malaysia kalah teruk dengan Indonesia  5-1 di Jakarta. Pastu penyokong Malaysia letakkan harapan nk tgk balik perkembangan bila menentang Thailand. Tapi dapat la seri 0-0.

Strategi yang diatur dan disusun oleh Jurulatih K.Rajagobal bagus, aku puji sangat sbb membuahkan hasil bila Malaysia membelasah Laos 5-1 dan layak ke separuh akhir. Semangat penyokong malaysia bertambah bila Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 di Bukit Jalil dgn jaringan cantik dan seri 0-0 di Hanoi dengan agg. 2-0. 


Final Piala Suzuki AFF 2010, seribu tekanan utk pasukan Malaysia bila dilabelkan sebagai "PeLaser" sbb didakwa ada penyokong yang guna laser untuk bagi mata pemain ni silau tak nampak termasuk penjaga gol. apa dah.... itu pun nk kecoh.. Lagi jelas bila Final di Bukit Jalil terpaksa berenti selama 5 minit sebab penjaga gol Indonesia, Markus, bgtaw terkena pancaran laser. Hahaha..

Tapi, keyakinan pemain aku tgk semakin jelas dan memberikan persembahan terbaik bila perlawanan bersambung, pasukan negara berjaya meledakkan gol oleh Mohd Safee utk gol pertama. Kelincahan pemain negara terus nampak terserlah dengan gol kedua dan tandukkan kemas untuk gol ketiga. 


Membawa bekalan 3-0 kemenangan di Bukit Jalil belum cukup untuk julang piala. Perlukan lagi semangat untuk perlawanan kedua di Jakarta. 1st half tgk pemain Indonesia banyak menguasai sampai pengadil hadiahkan sepakan penalti sbb terkena tangan pemain perthanan. Tapi tabik spring kat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi. Dapat tu dia tangkap.. Hebattt... 


Babak kedua apabila, Malaysia menggegarkan semua penyokong dengan menjerit sekuat hati .. Hahahahahaha.. bila penyerang berbisa Mohd Safee menjaring gol pertama. 10 minit sebelum perlawanan berakhir, tgk pemain malaysia dah penat dan makin mudah untuk Indonesia menyamakan kedudukan dan mendahului dengan gol sendiri pasukan Malaysia. kesudahannya kalah 2-1.


Walaupun kalah, tp Malaysia tetap dinobatkan sebagai Juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggr 4-2. Tahniah diucapkan kepada pemain, jurulatih dan semua yang menyokong. Dan diharapkan kekalkan prestasi ini untuk kejohanan akan datang.. Tahniah........


p/s : Barulah aku semangat kembali nk sokong pasukan Malaysia. esok nak cari baju bola team Malaysia.. Yeaah...

Isnin, Disember 27, 2010

Tiada Lagi



Dalam perjalanan hidup ini, 
Tiada lagi erti yang bermakna apabila kita tinggalkan sesuatu.
Tiada lagi erti yang membuatkan hati ini gembira apabila kita teringat yang terdahulu.
Tiada lagi erti yang membezakan kita apabila semuanya sudah berlaku.
Namun yang ada hanyalah secebis nukilan yang mewarnai laguku.

Dalam kehidupan ini,
Tiada lagi indah yang dapat bersamaku,
Tiada lagi sinar yang dapat menerangiku,
Tiada lagi bintang yang dapat mengelipkan malamku,
Yang hanya titisan airmata dari kelopak irisku..

Dalam Meniti hari-hari,
Tiada lagi suasana yang dapat mengembirakanku,
Tiada lagi keriangan yang dapat menghiburkanku,
Tiada lagi gelak dan tawa yang dapat mengalirkan senyumanku,
Cuma tinggal cebisan muram di penuh wajahku..

Dalam menilai latarku,
Tiada lagi kekuatan yang dapat aku tunjukkan,
Tiada lagi sumber yang dapat aku berikan,
Tiada lagi semangat yang dapat aku lemparkan,
Bila hati ini sudah tiada lagi untuk mengharungi duniaku..

Dalam menunggung di penghujung tahun,
Tiada lagi kata yang dapat aku katakan,
Tiada lagi ucapan yang dapat aku ceritakan,
Dan tiada lagi senyuman yang dapat aku kumiskan,
Bila hati sedang kesepian, bila aku kini sedang sendirian..


Selamat Hari Tahun Baru 2011.. Semoga kehadiran 2011 ini akan memberikan seribu kegembiraan dalam hati.

Nukilan: milmo 

p/s : Tiada lagi

Selasa, Disember 21, 2010

Program 3 hari

18hb Disember 2010 (Sabtu)
- ke Autoshow Air Hitam bersama My Green Gino.. smpi dh dkt kol 4ptg.. hehehe.. gi cuci kete jap. dan terus masuk tanpa segan silu... huhu.. tgk kete smua mencabar.. Eddy ginojb dh confirm sbb gi sekali dgn dia.. Ijal gino oren ade jugak.. pastu tgk yg lain, myvi botak Kunfu Panda.. hahahaha..

- Rasanya mmg masuk xdpt apapun.. tp masuk jugak.. just memeriahkan majlis.. hehehe.. Keputusan memihak kepada Myvi Botak, Eddy ginojb 2nd place dan Ijal no.3.. hahahaha..

19hb Disember 2010 (Ahad)
- ke Autoshow Kota Tinggi.. Eddy ginojb bagi menggunakan JHB 7068 utk ke Kota Tinggi.. dan Putrajaya 8280 hnya simpan aje la.. sbb xde driver.. so.. memperagakan Gino hijau champion.. smpi dlm kol 2ptg.. terus register.. part register ade mslh skit, sbb organizer suh main open.. pergh.. xpenah2..




-Aku pun xbangkak sebab saja nk chance kat budak kcar lain... hehehe. so terjawablah sudah.. bila keputusan diumumkan.. haahahaha.. Pertama dlm sejarah gino JHB 7068.. pape pun tempat itu cukup memberi kesan..

20hb Disember 2010
- Ke Politeknik Melaka sbb ade pameran Autoshow lighting sebelah mlm dikamsis. kete aku xde mainan la.. sbb xde lampu. hanya JHB ajelah yg memperagakan lampu berhiasnya.. prgi bersama sopian RV4.. so layankan dia dengan insan yang cemerlang.. hehehehehe

- Event yg menarik minat smua.. wooww... sesuatu yg baru.. hehehe.. thanks to all student kerana bg support.. check in terus kat hotel shahbandar lepas makan mlm.. hp lak leh tertinggal kat kedai.. 

21hb Disember 2010
- Eddy terus balik jb sbb keje.. so aku ngn pian aje la.. try call yg lain mana taw ade yg lain dtg.. tunggu punye tunggu rupanya mmg aku berdua ade kete yg ada kat politeknik.. hahahaha..

- tp layankan aje.. petang lak terus ke Jusco sebelah Tesco. amek hp dan terus gerak.. rest kat R&R Pagoh.. lain enjoy.. papepun.. thanks to all support this event..

See u later..........

By: Milmo.

Khamis, Disember 16, 2010

Hayati Peristiwa Disebalik "Hari Asyura"



Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org

Minggu Autoshow


Daripada aku pikir orang yang bercakap tentang aku..
.
.
.
Baik aku siapkan keje aku yang tertangguh..
.
.
.
Dan pikir pasal weekend ni..
.
.
.
Minggu ni ade autoshow..
.
.
.
Yang pertama Autoshow Ayer Hitam..
.
.
.
Yang kedua Autoshow Kipmart Kota Tinggi..
.
.
.
Apalagi.. siapkan kerete aku untuk masuk autoshow..
.
.
.
.
.
.
Enjoy...
.
.
.
.
.
.
p/s> Aku tengah mencari sesuatu.

Rabu, Disember 15, 2010

Sabar dan sabar



Lepas sebulan perjalanan hidup aku,
Lepas seminggu aku berdiam dengan hidup aku,
Aku masih berada di bumi Allah dengan redha dan tabah..
Dengan setiap hari melihat karenah manusia,
Dan setiap jam melihat tingkahlaku insan dunia,
Dan setiap masa melihat sandiwara makhluk-Nya.
Aku hanya mampu berdoa untuk dijauhkan dari segala malapetaka,
Yang seterusnya menimpa secebis hidup aku.

Sabar,
Sabar dengan apa yang terus berlaku,
Dugaan dan hikmah Allah untuk aku,
Aku perlu ketahui apa yang seharusnya diminta,
Tanggungjawab dan amanah,
Tugas dan laksanakan dengan seikhlas mungkin,

Dan kini aku sedar tentang perjalananku kini,
Hanya dilalui dengan dunia semata-mata,
Adakalanya aku perlu sedar bahawa hidup dunia seragam ini,
Dan sesungguhnya aku perlu sabar,
Sabar tanpa perlu memikirkan orang lain,
Walaupun orang lain sibuk memikirkan hidup aku,
Walaupun orang lain sibuk mencari kesilapan aku,
Untuk kepuasan nafsu dan syaitan berperasaan dengki.

Ya Allah, Jauhkanlah segalanya untuk aku teruskan hidup,
Berbakti pada jalanMu,
Bertugas demi amanahMu,
Bertanggungjawab demi pintuMu,
Dan sabar demi kehendakMu.


p/s: Aku berada di dunia aku sendiri. dan tidak berada di dunia orang lain,
sepertimana orang lain berada didunia aku. 
milmoderno

Khamis, Disember 09, 2010

Kerana Audit


Audit Dalaman JKR 2010 memberi aku seribu kenangan.. 
Sebab yang kene audit adalah projek aku..
dan kene NCR pun projek aku..
Huhuhu... Aku xleh nk kata apa.. 
Sbb ini semua mcm sudah dirancang..
Tp aku terima dengan hati terbuka..



Ni Seminggu aku terpaksa berkurung untuk siapkan laporan NCR..
Dh mmg tanggungjawab aku.. 
Jadi yang berkenaan, Aku ucapkan terima kasih.. 
Semoga kita setting lagi audit tahun depan..
Aku minta projek aku diaudit lagi..
Seronok pulak rasa bila kena audit nie..
Thanks to JKR Mersing atas auditing anda 
ke JKR Kota Tinggi
Jumpa lagi..

p/s : Milmo mentelaah seminggu kerana audit.. huhuhu

Rabu, Disember 08, 2010

Gathering Mega T-T Gino Se-Malaysia Putrajaya



5hb Dis, Putrajaya - Peminat kereta model kelisa yang diubahsuai kepada sebuah kereta mini yang dipanggil mira gino telah berjaya dikumpulkan dan disatukan dalam satu majlis "Gathering Mega TT Gino Malaysia 2010" di Putrajaya baru-baru ini. Program ini adalah anjuran dari Gino Modification Commnuty yang merupakan sebuah komuniti yang berasaskan gino telah bertindak sebagai penganjur. 


Kehadiran kereta "Gino" dari pelusuk semenanjung Malaysia telah disatukan dan ditemukan di Lokasi Presint 3, Putrajaya.. Sejumlah 43 buah kereta Gino yang datang dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Perak. Kehadiran juga keluaran Gino yang mempunyai 2 pintu. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan sebilangan kereta Gino selain berkongsi pendapat dan idea serta bertukar pandangan dan hala tuju perjalanan peminat Gino ini.


Model Daihatsu Mira Gino mempunyai lebih 5 jenis.. antaranya Basic pack, Minilite, Minilite version Turbo, Gino 1000, dan DCN. Hanya dibezakan dengan aksesori tambahan. Model Gino ini adalah keluaran asas dari model Daihatsu yang sememangnya popular di Jepun. Kereta Gino ini mula mendapat tempat ketika tahun 2003 sehingga mendapat sambutan terus menerus sehingga kini. Antara pelopor utama peminat Gino adalag Sdr. Fairuz, Sdr. Ejam, Sdr. Bojan, Sdr. Eddy sebelum disambung tradisi kepada Sdr. Ijal..

Diharapkan event seperti dalam diteruskan pada masa akan dtg. Berikut disertakan sedikit gmbar untuk tatapan .. 




by: Milmo Ginojb

Khamis, Disember 02, 2010

Terima Kasih


Terlebih dahulu, aku ucapkan terima kasih kerana kau telah berjaya membuatkan aku benci.. Benci pada orang yang mengatakan tidak suka kepada mainan cinta.. tapi kau sendiri yang mainkan cinta.. begitu mudah kau menerima cinta dalam masa singkat.. yes.. aku taw dah.. sememangnya kau juga berhubungan masa ngn aku dahulu.. persendakan lelaki... tp dasar perempuan yang xmakan erti..

Terima kasih aku ucapkan atas segala pengorbanan kau pada aku.. dan terima kasih atas sebanyak mana kasih sayang kau pada aku.. dan cukuplah setakat apa yang kau bagi.. aku rasa x banyak yang kau berikan kasih sayang kau pada aku.. ternyata kau mmg sama.. sama seperti orang yang permainkan cinta.. aku bukan menuduh kau.. tp cara kau membuatkan orang menilai cinta kau ni hanya mainan.. kau tuduh aku mainkan cinta.. tp kau?? jujur pada cinta?? hahahahha.. boleh potong jarilah..



Terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU telah makbulkan doa aku semalam.. dan telah tunjukkan cara dan keputusan untuk aku buat.. Terima kasih kerana ENGKAU telah mengizinkan hati ini dicintai oleh seseorang hanya ada untuk seketika... mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku.. aku memohon padaMu YA ALLAH , ENGKAU lindungilah dia sebaik-baiknya.. 
TERIMA KASIH YA ALLAH

NUKILAN : MILMO

Selasa, November 30, 2010

Tak Perlu


Tak perlu untuk perjelaskan apa yang patut aku sedar.. Ya.. aku tahu kedudukan aku sebagai orang yang pernah menyakitkan hati kamu dan mengecewakan kamu.. tapi tak bermaksud cinta ini pudar sekelip mata atau melupakan kamu dalam hidup ini. Aku sedar kelemahan aku untuk menerima apa yang berlaku sekarang ini dan tak perlu untuk menunjukkan yang diri kamu kini bukan untuk diriku.. Dan tak perlu juga kamu memberitahu kedudukan kamu sekarang.



Tapi janganlah berbohong pada diri sendiri tentang apa yang ada dihati kamu.. dan janganlah kamu memaksa diri kamu untuk berbohong demi dendam kamu kepadaku.. da tak perlu untuk kamu berbohong kerana diriku ini.. dan tak perlu untuk kamu guna yang lain untuk kamu jauhiku.. kerana aku percaya...

Kerana aku percaya, jika Allah berkehendakkan kita untuk berjauhan, tuhan akan tunjukkan.. dan jika Allah berkehendakkan sedemkian, tuhan akan tunaikan.. InsyaAllah.. Aku tidak menolak apa yang rasa pada hati ini.. tapi aku hanya memohon kepada tuhan untuk memberikan aku kesedaran yang aku tahu silapku.. dan aku juga memohon kepada tuhan untuk aku memberikan jawapan sebenar apa yang kamu mahukan.. 

Terima kasih atas apa kamu hargai.. Tapi Allah meletakkan hati aku kini hanya mencintai kamu...
NORSALWANIE BINTI ZAHARI

Ahad, November 28, 2010

Sebulan Lalu



25hb November 2010
Dalam tempoh sebulan masa berlalu.. Macam tak sangka ini semua berlaku.. Insan yang aku sayang kini tiada lagi dimataku.. Sudah semakin jauh dariku.. Jauh meninggalkan diriku.. Tinggallah aku seorangan..

Apakah kesilapanku?? Aku lemah tanpamu.. Insan yang selalu disisiku kini tiada.. ku inginkan kamu sentiasa dihati.. tapi kini tiada lagi.. ku harapkan kasih darimu.. kini sunyi sepi.. Kamu lebih mempercayai orang lain dari kata-kataku.. Kamu lebih menyendiri dari berbincang dengan ku..

Aku sedar diri ini.. Adalah bukan yang terbaik untuk dirimu..
Tapi aku punyai harapan untuk bersama kamu..
Dan segala yg aku ada, akan ku berikan semua untukmu..
Aku mahu diri bahagia selamanya..


Sebulan berlalu selepas ulangtahun mu.. 25hb Oktober 2010
Ucapan keramat darimu.. dan ucapan untukmu jua..
"Semoga hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin, ke akhir hayat"
Kini hanya tinggal perkataan.. Dimana kan menghilang..
Tapi aku harap sebaliknya..
Aku harap dirimu setia dengan katamu.. Kerana..
Aku amat menyayangimu sepenuh hati..


Kupinta.. Aku memohon ampun darimu..
Agar kamu memaafkan aku.. dan kembali kepadaku..
Aku akan bertanggungjawab menjagamu, amanah Allah..
Anugerah Allah.. Kerana..
Aku Sayang Kamu sehingga akhir hayatku..
NORSALWANIE BINTI ZAHARI

Dari: Milmo

Rabu, November 24, 2010

Tanggal Terakhir



Aku tak sangka, hari ini adalah satu hari yang betul-betul menguji perasaan dan segala sanubari.. Yang berjaya mengusik setiap fikiran aku selama ini.. Aku ternyata kalah dlm memilih pasangan dan kalah dalam menjaganya.. Aku sendiri sedar, mungkin ada kesilapan yang aku buat. tp ia tak bermakna aku akan mengaku terus kesalahan.. Aku cuba untuk membetulkan keadaan.. Tapi berlanjutan sehingga ke hari ini. Aku dapat rasakan inilah ujian tuhan yang begitu mencabar perasaan aku. Yang selama ini aku happy, akhirnya terpaksa aku menitiskan juga airmata..

Aku berserah pada ketentuanNya. Andai aku diciptakan untuknya, InsyaAllah Ia tidak kemana. Cuma diwaktu ini, aku betul-betul tertekan dengan tindakannya. Ya Allah.. Aku terima jika ini balasan atas kesalahanku.. tp aku memohon kepadaMu agar bukakanlah hatinya untuk kembali kepadaku.. aku berjanji akan menjaga amanahMu ini sebaik-baiknya..


Ku dikejar bayang-bayang resah,
Bila hatimu masih tak berubah,
Enggan dipunya dan dipenjara,
Belaian cintaku ini..


Aku bukan lelaki yang tewas,
Bisa menyambar walau ku ditolak,
Biar duji kanan dan kiri,
Kau kan tetap kumiliku..


Tiada lafaz yang lebih agung,
Kalimah cintamu,
Yang kutunggu-tunggu,
Biar jasad ku yang menanggung
Permainan darimu,
Relaku pujuk,


Janganlah kau salahkan aku,
Terus memburu menawan cintamu,
Kan ku percaya sedikit masa,
Kaukan kecundang akhirnya..


Usahlah kau bersedih,
Dihadapanmu aku hadir,
Memadam resah dan curiga,
Dari hatimu..


Apakah kali ini,
Bisa kau tolak dan berlari,
Setelah aku menanamka azimatku..


Aku amat mencintaiMu... Norsalwanie Binti Zahari... (24/11/2010)
Dari: Milmo..

Jumaat, November 19, 2010

Taubatku...



Pasti pernah dengan lagu Itiraf yang di nyanyikan Raihan kan? Tau tak, bahwa itu sebenarnya doa yang dilantunkan oleh seorang hamba ALLAH yang bernama ABU NAWAS. Seseorang yang dikenal dengan kelucuan, agak sering kita anggap gaya tingkah dan ucapannya mengundang gelak tawa

Alkisah, seorang lelaki sedang duduk sendirian, memperhatikan matahari yang berangsur angsur tenggelam. Suasananya cukup hening. Ia melihat begitu indahnya warna langit yang di penuhi dengan mega berwarna kuning jingga. Ia memperhatikannya dengan saksama, hingga akhirnya suasana indah itu hilang seiring dengan tenggelamnya matahari di ufuk barat. Entah apa penyebabnya, tiba tiba ia tak mampu membendung air matanya. Hatinya terasa pedih. Ia menangis tersedu sedu. Ia menengadahkan kedua tangannya sambil berkata :

Terjemahannya lebihkurang demikian :
Ya Tuhanku, aku tidaklah pantas menjadi ahli syurga firdausMu
Namun aku juga tak kan sanggup masuk ke neraka jahimMU.
Oleh kerana itu, terimalah taubatku dan tutupilah dosa dosaku.
Sesungguhnya Engkau maha mengampuni dosa dosa besar.
Dosa dosa ku seperti hamparan pasir di laut,
maka terimalah taubatku wahai Dzat yang Maha Agung
Umurku terus berkurang setiap hari, namun dosa dosaku bertambah setiap hari
Bagaimana aku mampu menanggungnya ?
Ya Tuhanku, hambaMu yang berlumur dosa ini datang kepadaMU
Sesungguhnya aku benar benar berdosa kepadaMU
Dan bila Engkau tidak mengampuni aku, kepada siapa lagi aku berharap selain Engkau ?

Abu Nawas, seseorang yang dikenal dengan kelucuan, agak sering kita anggap gaya tingkah dan ucapannya mengundang gelak tawa, sebenarnya adalah orang yang baik dan sangat jujur. Kalimat kalimat diatas adalah bentuk pengakuan dirinya atas semua dosa dosa yang telah ia perbuat. Ketika Ia menyadari usianya yang semakin senja, tentu saja kepastian untuk segera kembali menghadap ALLAH itu pun akan segera datang.


wallahualam bissawab.

ikhlas dari Milmo.. 

Selasa, Ogos 24, 2010

Kenapa??

Kenapa ??



Bukan hiduplah kalau kita tidak hadapi dugaan ini, baik diatas atau dibawah. Baik kaya atau miskin. Semua pasti merasa susah dan senang dalam hidup. Kesenangan yang kita terima wujud dalam pelbagai bentuk, tapi bukan dari bentuk yang mendatangkan sesuatu. Kenapa?? Apabila kesusahan pula wujud dalam pelbagai rupa dan cara, tapi selalunya ia berbentuk pada sesuatu. Kenapa??

Apabila kita dikala kesenangan, pasti tiada yang muncul untuk membentuk sesuatu. mahupun rupa dan cara. Jikalau kesusahan pula yang datang, pasti ada kalangan yang cuba mengambil kesempatan dengan bertalu meminta apa-apa sekalipun untuk dikeluarkan.. Kenapa tidak diwaktu kesenangan??


Di saat inilah, ada seseorang insan yang memahami kesenangan dan kesusahan yang dihadapi. Pelbagai perkara, apa jua yang beliau habiskan, sanggup berusaha mencari jalan membantu bersama menghabiskan segalanya untuk orang yang memerlukan.. Alangkah indah jika beliau betul-betul berada dekat dengan apa yang ditunaikan. Inilah bukti kasih dan sayang yang tidak pernah hilang dalam hati seseorang. Kerana cinta, 

by: Milmo

Jumaat, Ogos 13, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan.. 



Tahun ni sudah 2 tahun milmo menyambut ramadhan di Kota Tinggi.. Banyak benda yang dah milmo lalui disini.. dari belajar, sampai dah abes.. dari projek awal, dh nk siap.. dari gemuk, dh kurus.. dari xensem, dh nk ensem.. hehehe.. papepun masih ade yang milmo xpuashati dengan kehidupan disini.. dengan beberapa perkara, individu, dan apa-apa yg sering mendatangkan masalah..



Milmo harapkan raya tahun ini akan menjanjikan kegembiraan walaupun ade yang menanggung kesakitan.. InsyaAllah..

Milmo

Selasa, April 13, 2010

Kursus Induksi KKR Kump II Bil 2/2010

Salam.. 

Negeri Kedah Darul Aman

Lebih kurang 14hari milmo menjalani Kursus Induksi KKR Kump 2/2010 dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya. Bermula 1hb April hingga 13hb April di Kem Rakan Muda Baling, Kedah. Mula-mula induksi umum iaitu lebih kepada aktiviti luar.. paling best masuk gua la.. hehehe.. 

Bersama dengan ahli kumpulan...

Lepas induksi umum, sambung lak induksi khusus. part yg ni banyak membaca, membelek, dan mentelaah buku.. buku perkhidmatan awam la.. apa lagi.. dengan buku pekeliling.. hehehe.. pape pun aku seronok join ni.. boleh dikatakan ramai jugak kenalan yang dapat dikongsikan.. ada yang dari Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, dan akhir sekali Johor.. abes semua negeri aku sebut.. hahaha

Bergambar bersama dengan fasilitator


Last day plak ade exam perkhidmatan.. lepas membelek berejam2... leh la jawab tanpa ade alasan.. hehehe.. apapun tunggu nanti.. keputusannya.. ni baru sampai Kota Tinggi.. sambung tido.. zzz...

Milmo..

Khamis, Mac 11, 2010

Kuat Kerja

Salam w.b.t..


Sepanjang perjalanan 4 bln ni, terlalu banyak kerja yang melibatkan fail dan dokumen... bermula dengan audit dalam JKR Johor, kemudian Audit Kesahihan Data Skala JKR... fuhh.. ini terlalu detail dengan semua yang melibat, Audit Sirim ISO 9001:2000 bagi pensijilan semula ISO 9001:2008. Tiga daerah terlibat iaitu JKR Kota Tinggi, JKR Johor Bahru, dan JKR Batu Pahat... 


Ingat dah abes dengan audit ni.. ade lagi audit.. Audit Perolehan Aset JKR Johor Daerah Kota Tinggi.. mengenai perolehan peralatan.. kebetulan aku yang menguruskan perolehan yang baharu ini.. huhu.. dan ni yang terakhir adalah petang td... Audit Anugerah Kualiti JKR Malaysia..

Harap selepasa ini dah tiada lagi audit ni.. bukan aper, banyak kerja hakiki yang tertangguh.. APK, KPK, KKS, dan EOT... huhu..
Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori