Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Isnin, Februari 23, 2009

Bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR)


Assalammualaikum..

Hajatku untuk bekerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) akhirnya tercapai. Satu masa aku menginginkan bekerja dengan JKR walau dengan jawatan apa sekalipun dek kerana ingin memperolehi ilmu mengenai pengurusan pembinaan dan urusan pengurusan tender dan kontrak. Hampir 2 bulan aku sudah berada di JKR, namun beberapa perkara yang aku jangkakan berlaku jugak.. apa yang dikesalkan adalah ianya dari golongan orang melayu dan islam.. 

Milmo ditempatkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia di Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya Malaysia.. Kemudian di tempatkan di Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi JKR Daerah Kota Tinggi, Johor.. skop kerja adalah merangkumi semua projek berkaitan dengan pendidikan dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Suasana kerja apabila dipandang, kurang memuaskanlah jikalau nak dibandingkan dengan Perbadanan Putrajaya.. Apapun Perbadanan Putrajaya still yang terbaik.. 

Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja juga salah satu cabaran yang boleh aku kongsikan.. kerana rumah (hometown) aku berada di Skudai. Jaraknya hampir 51km satu perjalanan.. sehari 102km. Seminggu 510km. Sebulan 2,040km. setahun 24,480km. ini adalah perjalanan pergi kerja dan balik kerja.. 

Weekend plak ulangalik belajar di Politeknik Port Dickson.. jaraknya plak dari rumah skudai ke politeknik adalah 316km skali perjalanan. pergi balik 632km untuk seminggu. dan sebulan 2,528km. setahun lagi belajar 30,336km.. dijumlahkan dengan semua perjalanan td.. hampir 54,816km.. jauhnya... hahahaha... itu xmasuk jalan dan pusing taman... 

Ada sedikit masalah yang milmo hadapi ketika ini, dengan sabar dan sabar... 

Nukilan, 

Tan Sri Milmoderno
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori