Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Isnin, November 23, 2009

Situasi ???

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Itulah yang dimaksudkan dengan diriku ini.. kadang2 setiap apa yang kita inginkan xselalu ada, kekadang yang lain pulak yang muncul.. bila berhadapan dengan situasi yang sedemikian, macam2 karenah yang akan ada.. fuh.. pening pale.. taktau la.. nk kata bodek, bukan kot.. tapi inilah rencana kehidupan yang xleh tgk orang lain senang atau org lain happy.. 

lihat plak bg org yang berilmu, tapi sombong xtentu arah.. berbagai gaya ditunjukkan dengan gaya lagaknya.. tapi inilah manusia.. kuasa yang memerintah.. nak wat cmner,??? bak kata nabil "lu pikirlah sendiri"..

by Tan Sri Milmoderno

Rabu, Jun 17, 2009

Zapin JKR (D) Kota Tinggi

Assalammualaikum...

Pada hari ahad yang lepas, milmo ade join zapin untuk wakili jabatan kerajaan bertanding untuk peringkat daerah kota tinggi.. dekat 2 minggu jugak berlatih dengan penat dan lenguh kaki dibuatnya.. mana taknya, aku dah la tak langsung dengan zapin ni.. masuk pun terpaksa dan dipaksa..

Tapi bila dah training dengan jurulatih yang macho.. lama-lama seronok lak zapin nie.. sampai tiap malam aku berjoget. walaupun time tu tengah buzy dengan kerja site, dengan kontraktor lagi.. fuhhh... tapi pertandingan punya pasal terpaksalah berkorban...

bergambar sebelum pertandingan dengan JURUTERA DAERAH JKR KOTA TINGGI

Hari ahad tu, kumpulan zapin aku ni yang baru mula menapak menari kira oklah.. tanpa disangka, team ni boleh menang untuk kategori jabatan kerajaan.. debaran makin terasa bila semua johan ini akan bertanding nanti di peringkat negeri... fuh... apapun kita tunggu dan lihatla... (",)

Ketika persembahan
by.
Milmoderno

Ahad, Mei 17, 2009

Sekian Lama


Assalammualaikum....

Sekian lama dah milmo tak kongsi maklumat kat sini. Mana taknya dengan kerja yang banyak dan masa yang suntuk, terkejar-kejar... dan bila masanya nak update segalanya kat sini... tapi aku cuba untuk mengisikan apa yang tersimpan untuk di ceritakan..

Dengan keadaan ekonomi sekarang nie, aku pun terpaksa memilih jalan untuk menyesuaikan dengan kerja yang makin melampau dah ni.. walaupun cukup bulan dapat gaji, tapi ianya hanya di depan mata ajer.. mana lagi perginya kalau ada yang di dahulu kan..

oklah.. setakat disini...

by Tan Sri Milmo

Isnin, Februari 23, 2009

Bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR)


Assalammualaikum..

Hajatku untuk bekerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) akhirnya tercapai. Satu masa aku menginginkan bekerja dengan JKR walau dengan jawatan apa sekalipun dek kerana ingin memperolehi ilmu mengenai pengurusan pembinaan dan urusan pengurusan tender dan kontrak. Hampir 2 bulan aku sudah berada di JKR, namun beberapa perkara yang aku jangkakan berlaku jugak.. apa yang dikesalkan adalah ianya dari golongan orang melayu dan islam.. 

Milmo ditempatkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia di Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya Malaysia.. Kemudian di tempatkan di Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi JKR Daerah Kota Tinggi, Johor.. skop kerja adalah merangkumi semua projek berkaitan dengan pendidikan dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Suasana kerja apabila dipandang, kurang memuaskanlah jikalau nak dibandingkan dengan Perbadanan Putrajaya.. Apapun Perbadanan Putrajaya still yang terbaik.. 

Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja juga salah satu cabaran yang boleh aku kongsikan.. kerana rumah (hometown) aku berada di Skudai. Jaraknya hampir 51km satu perjalanan.. sehari 102km. Seminggu 510km. Sebulan 2,040km. setahun 24,480km. ini adalah perjalanan pergi kerja dan balik kerja.. 

Weekend plak ulangalik belajar di Politeknik Port Dickson.. jaraknya plak dari rumah skudai ke politeknik adalah 316km skali perjalanan. pergi balik 632km untuk seminggu. dan sebulan 2,528km. setahun lagi belajar 30,336km.. dijumlahkan dengan semua perjalanan td.. hampir 54,816km.. jauhnya... hahahaha... itu xmasuk jalan dan pusing taman... 

Ada sedikit masalah yang milmo hadapi ketika ini, dengan sabar dan sabar... 

Nukilan, 

Tan Sri Milmoderno
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori