Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Isnin, Disember 29, 2008

Salam Maal Hijrah



Assalammualaikum... 

Percaya atau tidak bahawa tahun ini, kita menyambut Maal Hijrah 2 kali, iaitu di awal tahun dan pada hari ni 29 Disember 2008. Maal Hijrah kalau ditafsirkan sebenarnya adalah bulan pertama dalam kalendar islam atau kita sebut tahun baru islam... tahun baru sama seperti kita sambut awal tahun.. jadi mengikut kalendar islam, bulan pertama adalah bulan muharram. 

Mengikut sejarah islam, maal hijrah adalah penghijrahan Rasullah S.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah (sedikit sebanyak mengisahkan tentangnya..) tapi kini, zaman ini, kita sambut dengan penuh perubahan dan penghijrahan.. Alhamdulillah. pemerintahan negara kini selamat tanpa ada kacau bilau.. 

ini tahun baru islam ini, milmo berazam untuk mendekatkan diri kepadaNya dan semangat untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.. 

Salam Maal Hijrah 1430H 

by 

Tan Sri Milmo

Isnin, Disember 08, 2008

Salam Hari Raya Korban


Sudah tiba pengorbanan yang kita tanamkan setiap masa untuk mendapatkan sesuatu kejayaan diraikan dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Dengan himpunan warga Haji di Mekah yang menyahut seruan Allah s.w.t bagi menunaikan rukun islam ke 5. Apa pun kita yang masih belum berpeluang sesungguhnya memahami maksud dan istilah sebenar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khalifah kita sebelum ini. 


Apabila kita membuka lembaran kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintahkan oleh Allah sw.t telah menyembelih anak Nabi Ismail a.s , sedikit sebanyak telah memberi gambaran pada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang taat setia kepada perintah Allah walaupun seinci imannya diuji.. lebih-lebih lagi bahan ujiannya adalah anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail. Bagaimanapun, melalui kisah ini, Allah s.w.t telah mengantikan dengan seekor kibas untuk dijadikan penyembelihan dan itulah yang kita lakukan dengan pengorbanan. Mungkin kini kita lihat, setiap masjid dan surau, saban tahun pasti akan diadakan penyembelihan korban ini tidak kiralah binatang seperti lembu atau kambing. Apa yang diharapkan adalah keinsafan dan kefahaman dalam meraikan ibadat korban ini membawa erti mendalam di setiap umat manusia... 

Selamat Hari Raya AidilAdha 

dari:- 

Tan Sri Milmoderno

Rabu, Disember 03, 2008

Peperiksaan Akhir Semester


Milmo akan menghadapi peperiksaan akhir bagi Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Port Dickson yang kini memasuki semester 2. Bermakna ada lagi setahun lagi yang perlu milmo harungi bagi mendapatkan segulung (bukan segulung, tapi sekeping) diploma untuk milmo meneruskan kerjaya milmo yang pada tahun depan akan memasuki fasa baru iaitu akan berkecimpung dengan dunia teknikal. (harap-harap biarlah pada badan induk itu sendiri). 

Memandangkan pada semester lepas, milmo banyak terlepas pada kedudukan subjek dengan banyak yang ditinggalkan. Mana taknya, pergi kursus memanjang.. tapi apapun benda dah berlalu dan result yang milmo dapat pada sem 1 ini sememangnya bagi pengajaran dan pengalaman apabila belajar sambil bekerja memang akan berlaku demikian.. 

Apa yang dihajatkan dalam peperiksaan akhir kali ini, tidak lain melainkan untuk mendapatkan 4.00. macam dapat.. hahaha... apapun itu adalah "my target". sekurang-kurangnya ada target dan matlamat. Peperiksaan bermula pada 5hb Disember ini dengan subjek permulaan yang paling mencabar iaitu "Teori Struktur" diikuti pada 15hb dan 17hb masing-masing subjek "Hidraulik 2" dan "Kejuruteraan Jalan Raya dan Pengangkutan". InsyaAllah diharapkan semua berjalan dengan lancar... dan Moga Allah mempermudahkan laluan. 

InsyaAllah amin.

By; Milmo 

Selasa, Disember 02, 2008

Pelangi Petang


Pelangi Petang   

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku


Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya... 


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini 


Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


By: Milmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori