Bergoyang.. I Follow.. I Follow..

Carian

Isnin, Disember 29, 2008

Salam Maal Hijrah



Assalammualaikum... 

Percaya atau tidak bahawa tahun ini, kita menyambut Maal Hijrah 2 kali, iaitu di awal tahun dan pada hari ni 29 Disember 2008. Maal Hijrah kalau ditafsirkan sebenarnya adalah bulan pertama dalam kalendar islam atau kita sebut tahun baru islam... tahun baru sama seperti kita sambut awal tahun.. jadi mengikut kalendar islam, bulan pertama adalah bulan muharram. 

Mengikut sejarah islam, maal hijrah adalah penghijrahan Rasullah S.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah (sedikit sebanyak mengisahkan tentangnya..) tapi kini, zaman ini, kita sambut dengan penuh perubahan dan penghijrahan.. Alhamdulillah. pemerintahan negara kini selamat tanpa ada kacau bilau.. 

ini tahun baru islam ini, milmo berazam untuk mendekatkan diri kepadaNya dan semangat untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.. 

Salam Maal Hijrah 1430H 

by 

Tan Sri Milmo

Isnin, Disember 08, 2008

Salam Hari Raya Korban


Sudah tiba pengorbanan yang kita tanamkan setiap masa untuk mendapatkan sesuatu kejayaan diraikan dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Dengan himpunan warga Haji di Mekah yang menyahut seruan Allah s.w.t bagi menunaikan rukun islam ke 5. Apa pun kita yang masih belum berpeluang sesungguhnya memahami maksud dan istilah sebenar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Khalifah kita sebelum ini. 


Apabila kita membuka lembaran kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintahkan oleh Allah sw.t telah menyembelih anak Nabi Ismail a.s , sedikit sebanyak telah memberi gambaran pada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang taat setia kepada perintah Allah walaupun seinci imannya diuji.. lebih-lebih lagi bahan ujiannya adalah anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail. Bagaimanapun, melalui kisah ini, Allah s.w.t telah mengantikan dengan seekor kibas untuk dijadikan penyembelihan dan itulah yang kita lakukan dengan pengorbanan. Mungkin kini kita lihat, setiap masjid dan surau, saban tahun pasti akan diadakan penyembelihan korban ini tidak kiralah binatang seperti lembu atau kambing. Apa yang diharapkan adalah keinsafan dan kefahaman dalam meraikan ibadat korban ini membawa erti mendalam di setiap umat manusia... 

Selamat Hari Raya AidilAdha 

dari:- 

Tan Sri Milmoderno

Rabu, Disember 03, 2008

Peperiksaan Akhir Semester


Milmo akan menghadapi peperiksaan akhir bagi Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Port Dickson yang kini memasuki semester 2. Bermakna ada lagi setahun lagi yang perlu milmo harungi bagi mendapatkan segulung (bukan segulung, tapi sekeping) diploma untuk milmo meneruskan kerjaya milmo yang pada tahun depan akan memasuki fasa baru iaitu akan berkecimpung dengan dunia teknikal. (harap-harap biarlah pada badan induk itu sendiri). 

Memandangkan pada semester lepas, milmo banyak terlepas pada kedudukan subjek dengan banyak yang ditinggalkan. Mana taknya, pergi kursus memanjang.. tapi apapun benda dah berlalu dan result yang milmo dapat pada sem 1 ini sememangnya bagi pengajaran dan pengalaman apabila belajar sambil bekerja memang akan berlaku demikian.. 

Apa yang dihajatkan dalam peperiksaan akhir kali ini, tidak lain melainkan untuk mendapatkan 4.00. macam dapat.. hahaha... apapun itu adalah "my target". sekurang-kurangnya ada target dan matlamat. Peperiksaan bermula pada 5hb Disember ini dengan subjek permulaan yang paling mencabar iaitu "Teori Struktur" diikuti pada 15hb dan 17hb masing-masing subjek "Hidraulik 2" dan "Kejuruteraan Jalan Raya dan Pengangkutan". InsyaAllah diharapkan semua berjalan dengan lancar... dan Moga Allah mempermudahkan laluan. 

InsyaAllah amin.

By; Milmo 

Selasa, Disember 02, 2008

Pelangi Petang


Pelangi Petang   

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku


Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya... 


Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini 


Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


By: Milmo

Ahad, November 30, 2008

Bersama Program Hala Tuju Kerjaya


Pada 28 November 2008 baru-baru ini, Persatuan Alumni Politeknik Kota, Melaka telah menganjurkan Program Hala Tuju Kerjaya untuk bakal graduan semester 4. Program ini adalah hasil kerjasama dan perlaksanaan dari Unit Alumni Politeknik Kota, Melaka. Milmo yang berjawatan Timbalan Presiden Persatuan merupakan salah pembentang slot dan telah diamanahkan untuk memberikan maklumat pengenalan kepada Persatuan dan Hala Tuju Persatuan. 

Program ini telah berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka yang didatang oleh pelajar semester seramai lebih kurang yang dikira dengan tangan dalam 50 orang sahaja. Nasib ada juga yang datang.. 

Apa pun milmo kat sini terpaksa bekerja keras melaksanakan program ini sebaik mungkin yang mana sejak kebelakang ini milmo rasa seperti dicabar dengan jawatan yang disandang sehingga milmo mempunyai hasrat untuk meletakkan jawatan. Apa yang dikesalkan dalam persatuan ini adalah sikap sesetengah ahli yang seolah-olah tidak mementingkan tanggungjawab dalam persatuan dengan alasan komitmen kerja.. dan milmo telah menyimpan kenyataan ini untuk bersuara dalam mesyuarat akan datang... 

coretan Tan Sri Milmo

Rabu, November 19, 2008

Kursus Team Building Perbadanan Putrajaya



Tanggal 16-18 November 2008, milmo telah menghadiri kursus TEAM BUILDING PERBADANAN PUTRAJAYA SIRI 6/2008. Kursus ini telah diadakan di PNB Ilham Resort Port Dickson, N.S. Disertai oleh staf Perbadanan Putrajaya dari kakitangan sokongan gred 1 - 17. Adalah dalam 38 orang peserta dan diuruskan oleh ONE STEP MANAGEMENT CONSULTANT SDN. BHD. 

Kursus ini sememang digalakkan oleh setiap kakitangan dalam membina satu pasukan yang boleh bekerjasama dan memberikan satu platform dalam membawa organisasi ke tempat yang lebih dihormati dan disegani. Banyak juga yang diketengahkan. termasuk pengurusan kewangan dan kehidupan peribadi. Kursus ini berjalan selama 3 hari yang bermula ahad dan berakhir selasa.. antara kandungan kursus adalah melibatkan PEOLPE, PERFORMANCE, PATHNERSHIP, PASSION, dan termasuk aktiviti riadah yang mencabar minda. bestlah jugak.. 

Cuma ada beberapa perkara yang tidak berapa elok berlaku, antara pertelingkaran antara kumpulan. tak puas hati dengan ketidakjujuran yang lain. sehingga wujud persaingan.. tak tau nak cakap.. dan masa game yang tidak sempurna.. dan terpaksa dihentikan.. tapi apapun, kursus ini memberikan sedikit info dan menjaga setiap pengurusan peribadi kehidupan harian.

Apapun, kursus ini sedikit sebanyak berikan milmo kenangan sebelum milmo meninggalkan Perbadanan Putrajaya.. insyaAllah ada kelapangan, milmo akan meminta kerjasama antara dalam majlis dan aktiviti milmo.. 

Sekian.. 

TAN SRI MILMO

Sabtu, November 15, 2008

Kerana Seseorang


Assalammualaikum.. 

Milmo nak kongsi sedikit kisah dan pengalaman yang mana banyak memberikan kesan dalam hidup. Kisah ini sering diperkatakan oleh semua orang termasuk rakan serumah yang gian nak bercinta. Of course CINTA. Kalau dizaman kanak-kanak kita akan sebut cinta monyet, tapi zaman remaja cinta yang selalu kita alami..

Kongsi sedikit laluan dalam mengenai erti cinta 


Milmo mula mengenali erti suke pada seseorang ketika waktu darjah 3 di SRK (2) Kuala Kubu Bahru. Bernama L, seorang pasangan kembar yang memang kirakan semua pasti minat. Kisahnya tak lama sebab, milmo berpindah ke Johor Bahru dan terus melupakan apa erti cinta sehingga milmo berada di darjah 6. Milmo mula mengenali S. Gadis yang boleh dikategorikan sebagai lemah lembut tapi open minded. Hasrat untuk meluahkan tak tercapai, walaupun pada akhirnya milmo tahu yang si dia juga meminati milmo..  

Di alam menengah, boleh dikatakan milmo lebih suka berdiam diri dan mengabaikan kisah pasangan ini memandangkan ianya hanya memeritkan. Sehingga tamat sekolah. Cinta pertama milmo kenali adalah SA. Akak kepada adik angkat milmo Z. Dia yang memperkenalkan milmo dengannya sehingga kami couple. Dalam tempoh inilah milmo banyak belajar erti setia dan pengorbanan dalam cinta. tapi apabila sampai ketentuan Tuhan yang tidak mahu bersama, kami putus. Putus ini adalah disebabkan kurang kepercayaan antaranya dan sebelah perempuan seperti tidak menghargai setiap pengorbanan milmo selama ini, sebaliknya boleh dilihat dengan hanya memandang pada harta sahaja. 

Apabila kenang kembali akibat cinta yang sedemikian, milmo rasa dah serik untuk membazirkan duit kerana seorang perempuan yang kita rasa tak sure ia akan menjadi milik kita. Ketika milmo bekerja di Pizza Hut Taman Century, kawan sekerja telah menggosipkan dengan seorang staf yang sama tapi outlet Holiday Plaza. Bernama A. Budak Air Tawar. Milmo sedia terima cinta kembali apabila melihat yang dia sedia terima milmo dalam keadaan yang terkawal. Perhubungan sehingga milmo melanjutkan ke Politeknik dan sedar tak sedar milmo tak layan dia sehingga dia kini berasa dingin dan putus.. mcm mana nak amik perhatian, milmo tak rasa ada dicintai sebab perkara yang lepas.. sehingga milmo jumpa FN, SH dan SS. FN, milmo kenal melalui Friendster, SH adalah senior, dan SS budak JPP.. 

Dipendekkan cerita, ketiga-tiga ini mempunyai karakter yang berbeza. milmo kenal dengan FN dan SH lebih kurang 2 tahun.. dan SS pada ketika itu sudah nak bertunang bersama pilihannya.. so tak kesempatan untuk mengenalinya (merupakan pilihan terbaik) kedua-dua FN dan SH ini banyak memberikan milmo pengalaman yang kenangan, yang mana milmo sendiri xdpt gambarkan. biarlah.. kedua-dua family ni juga milmo dah jumpa dan kenal. milmo berhubung kedua-duanya dalam satu masa. sebelum putus diawal tahun dan pertengahantahun 2008. tapi kalau dah jodoh tak kemana. pelik juga kan cerita ini. tapi kenapa dalam hati ini masih menanti kehadiran insan bernama SS, walaupun ketika ianya sudah bertunang 2006. (ustaz bgtau, selagi tidak kahwin, selagi tu milmo boleh menunggu) 

2 tahun berlalu, milmo merasakan yang cinta milmo hanya untuk SS.. walupun dalam tempoh itu, milmo ade mengenali insan lain dan merasakan juga tidak keserasian dalam hubungan. milmo sering diperli oleh Lecturer. "Takkan tunggu SS?".. selagi mampu.. 

Kalau dah Jodoh tak kemana 

Tanggal 7 November 2008 lalu, berita yang menggembirakan, milmo dapat tahu dari Lecturer yang SS sudah putus tunang lebih 2 bulan lalu.. lalu disinilah bermulanya.. insan yang sudah bertunang yang bila2 masa akan menjadi milik orang kini adalah milikku.. itu yang tidak kusangka.. banyak perkara kenapa SS. milmo melihat insan ini lain dari yang lain, dengan sifat keayuannya, dan kepandaian yang dia miliki. apa lagi sampai lecturer bagi lampu hijau suruh milmo kenal rapat dengan dia. Alhamdulillah, hati yang selalu bermain dengan mimpi bernama SS kini berada benar dalam hati.. tanpa pengetahuan milmo, dia juga pernah mempunyai hasrat untuk mengenali milmo dahulu sebelum bertunang dahulu. apa pun apabila ketentuan Allah telah tercipta maka jadilah ia. Kami telah menetapkan tarikh pertunangan pada bulan Disember 2009 dan nikah awal bulan Januari 2010. InsyaAllah semoga ianya kekal jodoh..

Dugaan Maha Suci Allah Yang Berkuasa. 

Pada lewat minggu ini, milmo mendapat sedikit berita yang menyedihkan apabila berlaku masalah yang xleh dan xmampu milmo nak ceritakan. hubungan antara family dgn bekas kenalan lamanya telah membuat perlakuan yang tidak sepatutnya. seolah-olah datang menceroboh. Dan keadaan milmo kini sepi kembali.. 

Coretan
Milmoderno

Rabu, November 12, 2008

Cinta Abadi - Kini Ku Miliki

Cinta Abadi

Kehadiran cintamu
Menyinari hidupku
Kehangat cintamu
Mengubati sepiku


Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku


Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku


Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya


Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku


Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi 

--------------------------------------------------------------------
aku merasakan cinta yang hadir ini, sememangnya sudah ditentukan tuhan.
kerana tanpa diduga, tanpa dicari, tanpa dinyata.
ianya datang menyinari di depan mata.
alangkah indah dan aman cinta ini bersemi.
sehingga ke akhir dinihari, sehingga ke akhir hayat ini.

Isnin, November 10, 2008

Program 3 hari 3 malam



Pada 6 Nov 2008 - Khamis 

Milmo telah menyertai program Hari kualiti bersama dengan pihak Politeknik Kota, Melaka mewakili Persatuan Alumni Politeknik Kota, Melaka. Hari kualiti ini merupakan program tahunan dan merupakan penampilan pertama persatuan dalam menyertai mana-mana program. Keputusan dapat tempat pun dah pendek, terpaksa malam tu bekerja keras sediakan prop untuk hiasan di booth.. Terpaksa guna duit, sediakan apa yg patut.
 
Bertolak dari Putrajaya jam 7.00pagi dan sampai di Melaka tepat pukul 9.00pagi. Majlis berlangsung sehingga jam 1.30 ptg. Perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah PKM, Tuan Haji Samsuddin Bin Abdullah. Bertolak balik putrajaya dalam pukul 4.30ptg dan sampai 6.00ptg
 
Pada 7 Nov 2008 - Jumaat
 
Milmo sekali lagi turun ke Melaka kerana terlibat dalam Kejohanan Sukan Politeknik. Mendapat telefon dari Penasihat Persatuan, tarikh acara merupakan hari tersebut. Petang tu abes kerja terus ke Melaka. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah Bowling. Ianya diadakan di Plaza Melaka Raya dan acara tersebut bermula jam 8.00mlm hingga jam 12.00tghmalam. Terus balik Putrajaya.
 
Pada 8 Nov 2008 - Sabtu
 
Pagi mcm biasa ke kelas. Kelas bermula jam 11.15pagi sehingga jam 3.45ptg. Abes kelas, budak kelas minta tunjuk ajar sedikit. Selepas tu terus ke Melaka sekali lagi sebab dijemput oleh En. Syukri sebab ada Majlis Kesyukuran. Tapi sampai terus tukar plan sebab abg long MPC.Net datang Melaka dan terus discuss nak makan malam bersama. Antara geng yang hadir adalah uszna, qutark, faizal, rubberstamp, kak leza, termasuk abg long. Makan malam tu sampai pukul 12.00tghmalam. Dan terus bertolak balik ke Putrajaya.
 
Pada 9 Nov 2008 - Ahad 

Kelas seperti biasa di Politeknik Port Dickson... penatnya...



catitan Tan Sri Milmo

Selasa, November 04, 2008

Khamis, Oktober 30, 2008

Dunia di Kementerian Kerja Raya



Semalam milmo telah melaporkan diri di Kementerian Kerja Raya di Jalan Sultan Salahuddin. Suasana kat sana ok, ramai jugak yang lapor diri. Yang gred 11, 17 hinggalah 41. Muda-muda dan yang cun-cun. Tapi tgk suasana oklah.. tiada yang boleh mendatangkan masalah pape. 

Apabila melihat kesungguhan semua staff yang baru melaporkan diri, semangat tu ada. Cuma ada yang terkilan apabila dapat tahu posting yang jauh dari lokasi asalnya.. milmo telah memberikan surat untuk menangguhkan bertugas sebab nak settlekan kerja yang ada kat PERBADANAN PUTRAJAYA dan sisa tahun 2008 ni bersama.. milmo akan laporkan pada 2 Januari 2009. tahun baru bersama dunia kerja yang baru.. apapun.. diharapkan semoga tidak ada masalah dalam kerjaya yang baru..


catitan;

Tan Sri Milmo
 

Selasa, Oktober 28, 2008

> Dikir Barat



Pada 25 Okt 2008, berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya di Perbadanan Putrajaya. Majlis ini anjuran Perbadanan Putrajaya dan kelab Krisputra. Acara yang berlangsung hampir kira-kira 4 jam bermula dari jam 11.00 pagi hingga jam 3.00 petang di perkarangan 'kilbat walk'.

Turut diadakan semasa majlis adalah persembahan kerongcong, zapin, nyanyian karaoke, dan persembahan julung Dikir Barat dari Perbadanan Putrajaya yang turut disertai oleh milmo sendiri. Berkat latihan selama 2 minggu, akhirnya persembahan dapat disempurnakan dengan jaya dan hebat.

catitan: 

TAN SRI MILMO

Ahad, Oktober 05, 2008

Salam Lebaran

Sempena kehadiran bulan yang mulia ini, milmo ingin memohon maaf memohon sepuluh jari sekiranya ada salah dan silap semua yang mengenali milmo ni. Milmo sedar, sebagai manusia biasa sememangnya kita terlepas dari melakukan kesilapan dan sesungguhnya kemaafan perlu ada disetiap makhluk ciptaanNya.

Dengan ini, milmo mengucapkan Selamat Hari Raya, Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kehadiran Syawal membawa seribu keberkatan dan kemuliaan. Walaupun krisis ekonomi negara kini dalam takat membimbangkan dan penurunan harga minyak baru-baru ini, sememangnya memberikan lembaran baru dalam perkembangan kemajuan negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,

Ikhlas dari:-

Tan Sri Milmo...

Khamis, September 25, 2008

Tawaran di Kementerian Kerja Raya



Pada 12 Sept 2008, milmo telah menerima jawatan JURUTEKNIK AWAM GRED J17 di KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA (KKR) melalui kemasukkan dari SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA). Milmo mendapat makluman tersebut melalui laman web rasmi SPA dan kemudian hari ini milmo menerima surat dari KKR supaya melaporkan diri pada 29 Okt 2008 bertempat di HQ KKR Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang kepada milmo untuk terus berkhidmat di Kementerian. Milmo pergi temuduga pada 21 Julai 2008 di Pejabat JKR di Bukit Timbalan Johor Bahru. Niat dihati dengan harapan dapat menimba lebih pengalaman di Jabatan yang baru, yang lebih mencabar, dan yang lebih kepada teknikal dalam kejuruteraan.

Berkat pengalaman yang mana ada, insyaAllah milmo akan terus memberikan perkhidmatan yang baik sesungguhnya keberkatan itu datang dari Allah s.w.t. Cuma sekarang milmo berada dalam dilema pemilihan yang mana terbaik yang perlu diambil. Buat pengetahuan, kini milmo berkerja di Perbadanan Putrajaya yang memegang jawatan yang sama dengan tawaran. Pelbagai pendapat dan pandangan yang diberikan kepada milmo supaya membuat pilihan yang terbaik..

Apapun milmo hargainya dan sesungguhnya Allah maha mengetahui kelebihan dan kehendaknya.


yang benar,


TAN SRI MILMO

Selasa, September 02, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sempena bulan ramadhan almubarak ini, milmo ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berada dimalaysia semoga dengan kehadiran bulan keberkatan ini akan memberikan beribu-ribu pahala.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

yang ikhlas,
Tan Sri Milmo

Isnin, September 01, 2008

Ketinggalan



Salam..

Setelah penubuhan laman blog ini pada 6 Ogos 2008 yang lalu, banyak kerja terpaksa dibuat sehingga ketinggalan dalam membuat sebarang laporan disini.. apa pun perkembangan yang berlalu sebelum ini harap dilupakan aje.

Rabu, Ogos 06, 2008

Pelancaran Blog Oleh Y.Bhg Tan Sri



Assalammualaikum.

Terima kasih pengerusi majlis,

Terima kasih juga kepada

Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datuk, Datin,
Tuan-tuan dan Puan-puan,

Bersyukur kita kehadrat Allah, kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat berhimpun di pagi ini 6hb Ogos 2008, 9.30pagi semoga ianya diberkati hendakNya. Hampir seminggu pemprosesan mewujudkan blog ini, akhirnya pada hari ini, blog yang menggunakan nama milmderno telah dapat disiapkan. Ianya diwujudkan bagi menerima komen dan pandangan tentang isu semasa dan dunia tentang apa yang berlaku. Dan kewujudan blog ini juga bukan untuk mengaibkan sesiapa ataupun seangkatan dengannya.

Dengan ini, saya secara rasminya melancarkan blog milmoderno. Semoga blog ini menambahkan manfaat yang berguna dan kebaikan di masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong terutama kekanda yang cun dan ayu kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan bolg ini. Lebih seminggu belajar cara bagaimana nak buat. dan akhirnya, blog ini telah diterbitkan. InsyaAllah, ianya akan ditingkatkan perkhidmatannya. kepada yang membantu, diucapkan terima kasih.

Best x ayat nie.. hehehe. macam dalam tv plak.. apapun thanks kepada semua...

Yang Benar,
Tan Sri Milmo... hehehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memori